Kes suami tolak isteri ke gaung, ustaz pesan tolak jauh jodoh begini! Kongsi doa buat anak gadis amal sebagai ikhtiar

No Image Caption
A
A
A

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita yang mengejutkan yang mana hanya asbab pertengkaran mulut, suami sanggup cuba menamatkan riwayat isterinya.

Ketika kejadian, lelaki itu telah bertindak luar kawalan dengan menolak isteri sehingga jatuh ke dalam gaung. Namun wanita malang itu berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak naik daripada gaung ke bahu jalan sebelum ditemui orang awam.

No Image Caption

Merujuk kepada kes tersebut, seorang pengguna laman Facebook, Ustaz Nik Affenddy yang juga mantan guru KPM mengingatkan supaya ibu ayah yang ada anak perempuan di luar sana menasihatkan mereka supaya tidak silap memilih bakal suami.

"Mak ayah, kalau tak nak jadi macam ni, nasihatkan anak perempuan jangan silap pilih suami gila.

"Saya sebagai ayah, suami dan juga penceramah motivasi, selalu risau jika pelajar perempuan salah memilih pasangan hidup untuk dijadikan suami nanti" tulisnya.

Dalam pada itu, nasihat yang sering diulang pada anak gadis adalah jangan silap pilih suami bila kahwin nanti dan tolak jauh-jauh terutama jenis panas baran, kaki pukul, kaki lepak, main dadah, main judi dan malas bekerja walaupun mereka ada rupa dan harta.

Namun akuinya, tidak mudah untuk mengenal perangai seseorang itu kerana bila bercinta, semuanya boleh dilakonkan.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, beliau berpesan untuk amalkan doa dari sekarang tentang jodoh.

"Sebab tu saya pesan juga, kena doa dari sekarang biar ALLAH berikan jodoh yang baik, lembut, jujur dan bertanggungjawab.

"Kenapa kena doa dari sekarang? Sebab kita tak tahu waktu mana ALLAH akan makbulkan doa kita.

"Bukan anak je kena doa. Mak ayah pun wajib doa. Sama-sama usaha dan doa sungguh-sungguh kepada Tuhan. Juga perbaiki diri menjadi lebih baik, berkawan dalam "circle" yang baik-baik. Dan serahkan kepada ALLAH jodoh yang baik," pesannya yang kini bergiat aktif menjalankan program motivasi pelajar di sekolah.

No Image Caption

Pada masa yang sama, beliau juga berkongsi doa yang boleh diamalkan sebagai ikhtiar:-

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia, dan akhirat"

Nak cari suami zaman sekarang ni mencabar juga, ya. Kalau bukan ada sifat macam di atas, boleh jadi suami orang. Apapun, yang sedang mencari jodoh atau ada anak gadis yang masih belum berkahwin, boleh sama-sama amalkan doa ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang