Tunku Azizah lakar sejarah, sampaikan syarahan di universiti berpestij Oxford

Iklan

TENGKU Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, melakar sejarah apabila buat pertama kali menyampaikan syarahan di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford, United Kingdom.

Iklan
Iklan

Memetik hantaran di laman sosial Facebook Kesultanan Pahang, Permaisuri Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu membentangkan syarahan bertajuk ‘Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan’ pada jam 9.45 pagi waktu tempatan.

Iklan

Syarahan yang disampaikan di  St Antony's Collage itu  berkaitan peranan Pahang sebagai sebuah tamadun berdaulat yang memiliki tradisi perundangan tersusun sejak ratusan tahun lalu.

"Syarahan Paduka Baginda turut berkisar mengenai Pahang sebagai sebuah kekuatan ketamadunan, berilmu, berperundangan dan bercahaya, bukan tinggalan nostalgia tetapi nadi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat, satu penakrifan semula ilmiah terhadap sejarah perlembagaan dunia," kongsinya.

Iklan

Keberangkatan baginda turut diiringi puteri bongsu, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

Sekadar info, Universiti Oxford adalah universiti berprestij dan berada di ranking keempat dunia.

Sumber: Facebook