Mangsa rogol 13 tahun didakwa terjebak dark side dalam Telegram? Rider diperintah jalani khidmat masyarakat 240 jam

Iklan

SEHARI ke sehari semakin menakutkan. Kisah rogol di Lenggeng ini membongkar sisi lain aplikasi Telegram.

Mana tidaknya, dakwa peguam bela, mangsa yang baru berusia 13 tahun, tetapi sudah 'bersembunyi' di sebalik akaun Telegram yang memaparkan sisi gelap dan tawaran s3ks. 

Iklan
Iklan

Memetik Sinar Harian, seorang penghantar barang, tertuduh, Yarits Dzikri Yunus, 20, diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang dikenali menerusi aplikasi media sosial itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 13 tahun 10 bulan.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang jam 3.30 petang di sebuah stor berhampiran dengan kediaman di Kampung Ulu Beranang, Lenggeng pada 22 Ogos lalu.

Iklan

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan,jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Bagaimanapun, Peguam Asmawi Ismail memohon hukuman paling minimum dan berpendapat hukuman penjara tidak bersesuaian dengan anak guamnya yang merupakan pesalah muda dan tiada rekod lampau.

"Sekiranya hendak memasuki kumpulan Telegram itu ahli mesti berusia lebih 18 tahun dan tertuduh beranggapan mangsa juga dalam lingkungan umur 18 tahun," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon hukuman yang setimpal mengambil kira mangsa merupakan kanak-kanak ketika kejadian dan pengakuan salah tertuduh bukan faktor peringanan mengambil kira kes jenayah seksual kanak-kanak yang berleluasa.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Hukuman tersebut diputuskan, selepas beliau mendengar rayuan mitigasi daripada pihak pembelaan, fakta kes, faktor pemberatan dan laporan sosial daripada pegawai Jabatan Kebaijan Masyarakat (JKM) dan syor yang dikemukakan.

Susulan kesalahan yang dilakukan, lelaki berkenaan turut memerintahkan tertuduh mematuhi 10 syarat tambahan antaranya perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, mengikut sesi kaunseling dan mematuhi jadual aktiviti yang ditetapkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).

Selain itu, tertuduh dikenakan cagaran bon RM5,000 dengan penjamin dalam kalangan ahli keluarga, jika gagal boleh dikenakan penjara setahun.

Sekiranya gagal menjalani khidmat masyarat dan syarat-syarat ditetapkan, tertuduh boleh dihadapkan semula ke mahkamah serta boleh dihukum mengikut peruntukan hukuman asal.

Pada prosiding dijalankan, Pegawai Perintah Khidmat Masyarakat JKM, Azlina Mohd Salleh turut membaca laporan sosial dan akhlak tertuduh.

Sumber: Sinar Harian