Engku Emran akui rasa gagal jadi bapa Aleesya, luluh lihat keluarga lengkap. 'Jika masih mampu selamatkan perkahwinan, usaha sebelum mengalah'

Iklan

"INI saya, cuba menenangkan diri sambil menahan air mata."

Itulah pengakuan jujur yang diluahkan oleh bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam sebuah hantaran Instagramnya baru-baru ini. 

Iklan
Iklan

Berkongsi mengenai anak perempuan tunggalnya, Engku Aleesya, Emran tidak mampu menyembunyikan emosi yang memuncak, terutamanya apabila mengenangkan segala cabaran yang dilalui mereka sekeluarga.

Memuat naik foto menghadiri majlis pelancaran buku pertama puteri kesayangannya, Emran terbuka mengakui hakikat bahawa beliau sering berasa seolah-olah telah gagal sebagai seorang ayah.

Iklan

"Saya mudah tersentuh setiap kali bercakap tentang anak perempuan saya. Hakikat bahawa saya perlu berucap di hadapannya pada hari istimewanya membuatkan emosi saya benar-benar memuncak.

"Tidak ramai yang mampu membuat saya menitiskan air mata, kecuali Aleesya. Saya sering merasa seolah-olah saya telah gagal sebagai seorang ayah," kongsinya.

Iklan

Bersyukur Aleesya memiliki tidak kekurangan apa-apa dari segi fizikal dan kebendaan, Emran juga reda akur dan berdamai dengan ketetapan ALLAH SWT  bahawa perceraian adalah jalan yang telah ditetapkan untuknya serta bekas isteri, Erra Fazira.

Pun begitu, hatinya benar-benar tersentuh apabila melihat keluarga lengkap lain dan memberikan pesanan penting dan mendalam kepada semua pasangan yang sedang berjuang dalam perkahwinan.

"Saya juga boleh merasa kesedihannya setiap kali situasi itu berlaku, kerana jiwanya sangat mirip dengan saya.

"Jika anda masih mampu menyelamatkan perkahwinan anda, lakukan apa sahaja sebelum mengalah," kongsinya.

"Beri satu sama lain peluang lagi, dan lagi. Apa pun, tidak mengapa! Kerana anak anda layak menerima segalanya. Jangan mudah menyerah kerana percayalah, anda tidak mahu memikul kesakitan yang saya rasa.

"Saya benar-benar berdoa agar ALLAH SWT memudahkan dan meringankan segala kesulitan dan kesakitan bagi setiap yang membaca ini.

"Semoga anak-anak anda membesar dengan jauh lebih bahagia daripada anak saya, Aleesya. Allahumma Ameen," kongsi Emran.

Sekadar info,  Engku Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober 2007 namun berpisah pada 17 Februari 2014.

Emran kemudian berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan berpisah pada 2020. 

Dia melangsungkan perkahwinan kali ketiga dengan kakak personaliti popular Neelofa iaitu  usahawan Noor Nabila pada 19 Mac 2021 namun sah bercerai pada 25 September 2023.