Nubhan, Dr Fie sah cerai talak kedua, ikatan 10 tahun terlerai

Iklan

PENYANYI Nubhan Ahamad dan Dr Afifah Hidayah Tawfek sah bercerai bercerai talak dua, dengan lafaz talak pertama berlaku pada 2017 dan talak kedua pada Ogos 2025.

Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan talak pertama pada 19 Januari 2017 menjatuhkan talak satu sementara lafaz kedua pula pada 26 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Terdahulu Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai terhadap Dr Fie yang dibuatnya pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Baru-baru ini, perserta Gegar Vaganza itu menyerahkan penjagaan anak kekal dan tiga cahaya mata mereka iaitu  tiga anaknya iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3, kepada Dr Fie.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.