'Diri saya bukan orang yang sama lagi.' Dr Fie nekad bangkit sebagai ibu tunggal, terus kuat demi tiga cahaya mata

Iklan

"SAYA rasa diri saya bukan orang yang sama lagi."

Itu reaksi jujur Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, selepas melalui episod getir rumah tangga berakhir dengan perceraian.

Iklan
Iklan

Walau senyum tidak pernah lekang dari wajah, hakikatnya wanita berusia 35 tahun itu mengaku hidup berubah sejak lafaz kedua dijatuhkan pada Ogos lalu.

Membawa status ibu tunggal, doktor gigi itu mengakui tidak mudah. 

Iklan

"Walau sudah selesai dan berpisah, saya masih ada tanggung jawab besar untuk anak-anak," ujarnya kepada SinarPlus.

"Alhamdulillah, saya terima sokongan kuat daripada famili dan masih mempunyai ayah.

Iklan

"Menjadi ibu tunggal banyak cabarannya tetapi saya masih belajar untuk uruskan keluarga dengan sokongan daripada keluarga.

Dalam banyak hal yang perlu ditanggung, memberitahu anak-anak tentang perceraian menjadi perkara paling berat untuk dilalui.

Prihatin dengan emosi putera puterinya, Dr Fie memaklumkan mereka sudah sudah faham apabila dimaklumkan ketiadaan Nubhan atas urusan kerja.

"Cuma untuk memberitahu kami berdua sudah berpisah itu belum lagi.

"Saya rasa anak pertama mungkin boleh faham. Anak kedua tertanya-tanya abahnya tidak pulang dan ibu tidak ikut abah," dedah Dr Fie.

Walau berat, Dr Fie tahu masa itu akan tiba. Buat sementara, dia memilih untuk melindungi anak-anak daripada rasa kehilangan yang terlalu awal.

Menyambut baik kenyataan Nubhan untuk menjadi sahabat baik demi anak, lulusan pergigian dari Universiti Mansoura, Mesir itu meluahkan rasa terbuka dan syukur.

Baginya, perceraian tidak memutuskan hubungan sebagai ibu dan bapa dan tetap sebagai satu pasukan apabila melibatkan tiga zuriat mereka.

"Saya terbuka untuk berkawan dengannya supaya urusan anak dan hal-hal selepas ini dipermudahkan. 

"Tidak perlu bermasam muka," kongsinya.

Usai perceraian, anak sulung lima adik-beradik itu bukan mudah untuk bangkit. Namun beliau mula bergaul dengan lingkungan yang positif dengan menyertai usrah dan berkongsi pengalaman dengan wanita senasib.

Kelihatan sebak, Dr Fie menjelaskan kini memberi fokus serius kepada kewangan. Bukan lagi bergantung pada suami seperti sebelum ini, dia perlu mengatur semula hidupnya dari awal.

"Dahulu rasa kewangan dan simpanan suami sudah sediakan. 

"Namun perkara itu baharu kepada saya dan perlu duduk semula memikirkannya dan menyusun semua satu persatu," katanya.

Perceraian ini bukan pengakhiran buat Dr Fie, sebaliknya permulaan baru kepada sebuah perjalanan yang lebih matang dan penuh kekuatan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie bercerai talak dua dengan talak pertama pada 19 Januari 2017 menjatuhkan talak satu sementara lafaz kedua pula pada 26 Ogos lalu.

Baru-baru ini, Nubhan menyerahkan penjagaan kekal tiga cahaya mata mereka iaitu iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3, kepada Dr Fie.