Suami didakwa tak beri nafkah? Isteri bela Fizo Omar & kongsi maksud sebenar provider – "Tuduhan itu jahat & menyakitkan hati'

Iklan

DI zaman media sosial yang pantas dan serba terbuka ini, salah faham tentang tanggungjawab dalam rumah tangga bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.

Baru-baru ini, Fazeera Nazri, isteri kepada pelakon Fizo Omar, tampil membela suaminya selepas timbul dakwaan kononnya aktor itu dikatakan culas bekerja dan gagal menunaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Iklan
Iklan

Dalam nada tegas, fazeera berkatam, tuduhan itu sangat menyakitkan hati, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada sesama wanita.

Menurutnya, tidak ada masalah jika ia hanya melibatkan dirinya, tetapi memasukkan nama suami dan anak-anak adalah sesuatu yang keterlaluan.

Iklan

“Kalau libatkan saya seorang, tidak mengapa. Tapi jangan pula sebut nama suami dan anak-anak saya.

Iklan

"Terus terang, tuduhan itu jahat dan menyakitkan hati, lebih-lebih lagi datang daripada mulut sesama perempuan,” jelas Fazeera.

Bagi anak kelahiran Kuching, Sarawak itu, kehidupan peribadi keluarga tidak perlu dibuka kepada umum.

Dia menekankan bahawa apa yang dilakukan suaminya untuk keluarga adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan bukan untuk dipamerkan.

“Takkan saya nak ceritakan kepada satu dunia apa yang suami saya berikan. Nanti bila diceritakan, dituduh pula riak.

"Anak-anak semuanya lengkap dengan insurans dan keperluan lain. Semua itu hasil tanggungjawab dan usaha suami saya.

"Saya kini tidak bekerja, tetapi hidup tenang kerana suami sentiasa ada di belakang,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Selain membela suaminya, Fazeera turut berkongsi pandangannya tentang trend wanita masa kini yang terlalu mengagungkan kemewahan, terutama yang dikaitkan dengan istilah ‘beauty privilege’.

Menurutnya, ramai yang tersalah faham maksud sebenar seorang provider.

"Jom kembali kepada asas. Seorang provider sebenar menunaikan keperluan asas keluarga dan memberi hadiah mengikut kemampuan,” katanya.

Cabaran lelaki zaman kini

Wanita berusia 29 tahun itu turut menekankan cabaran lelaki zaman kini yang sering dikritik kerana tidak mampu memberi barang mewah setiap bulan.

Baginya, tanggungjawab sebenar seorang provider adalah memastikan keperluan asas keluarga dipenuhi, bukan semata-mata soal emas, kereta mewah atau barangan berjenama.

“Tanggungjawab sebenar seorang provider adalah memastikan keperluan asas keluarga tercapai. Saya nasihatkan kaum wanita, jangan terlalu memaksakan gaya hidup mewah kepada orang lain kerana tidak semua suami mampu menunaikannya.

"Ada yang perlu bekerja keras bersama suami untuk menampung kehidupan seharian,” jelasnya lagi.

Pensyarah itu turut menambah, ramai wanita muda kini terlalu menuntut kerana istilah provider telah disalah tafsir.

Menurutnya, nilai seorang lelaki dalam rumah tangga bukan hanya diukur melalui barangan mahal, tetapi juga melalui kesetiaan, rasa humor, dan idea kreatif dalam menguruskan keluarga.

Perkongsian Fazeera mendapat sambutan positif warganet:

“Setuju… takdir manusia berbeza… ada yang kahwin dengan suami kaya itu rezeki dia… tapi yang sederhana pun alhamdulillah… bersyukur dan usaha sama-sama untuk tambah baik.”

“Love this… dah cantik, bijak… terbaik Fazeera.”

“Love mindset you! Absolutely agree.”

Mesej Fazeera jelas, bergelar provider bukan sekadar soal kemewahan, tetapi tanggungjawab, kasih sayang, dan usaha bersama untuk membina keluarga yang bahagia.