‘Bawa anak-anak bagi mereka gembira’ — Video percutian Prince Syed undang perhatian, penampilan terkini Fatin Syazwani raih pujian netizen

Iklan

KONTROVERSI yang pernah melanda pempengaruh dan usahawan, Prince Syed sebelum ini nampaknya kembali reda apabila dia dan isteri, Fatin Syazwani Ishak dilihat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Selepas beberapa bulan ‘menyepi’ daripada perhatian umum susulan pelbagai dakwaan yang tular di media sosial, pasangan ini kembali mencuri perhatian apabila berkongsi momen percutian santai mereka.

Iklan
Iklan

Terdahulu, nama Prince Syed menjadi bualan hangat apabila dia didakwa memaksa isterinya menjalani rawatan bariatrik di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak pada 8 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, Fatin tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan prosedur berkenaan dilakukan atas kerelaan dirinya sendiri, bukan kerana paksaan suami apatah lagi bagi tujuan menjual produk pelangsingan.

Iklan

Malah, dia turut memohon orang ramai agar berhenti menuding jari serta menyalahkan suaminya berhubung keputusan yang dibuat.

Kontroversi itu terus berpanjangan apabila timbul pula dakwaan mengatakan dirinya tidak dibenarkan bertemu ahli keluarga, sebelum pertelingkahan antara kedua-dua belah pihak menjadi semakin serius sehingga melibatkan laporan polis.

Iklan

Kes berkenaan mencetus perhatian ramai selepas empat ahli keluarga mentua Prince Syed didakwa di mahkamah atas tuduhan mencederakan lelaki itu, sekali gus menambah lagi hangat spekulasi netizen.

Selepas melalui episod mencabar tersebut, pasangan suami isteri itu dilihat mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.

Namun baru-baru ini, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman memuat naik video di TikTok yang memperlihatkan mereka sekeluarga sedang menikmati percutian tanpa perancangan di Cameron Highlands, Pahang.

Menerusi kapsyen ringkas, dia berkongsi kegembiraan dapat membawa anak-anak bercuti.

“Jalan-jalan Cameron Highlands tanpa perancangan, tiba-tiba saja sampai.

“Bawa anak-anak bagi mereka gembira,” tulisnya.

Penampilan terkini Fatin

Dalam video tersebut, jelas terpancar suasana santai keluarga berkenaan menikmati udara sejuk tanah tinggi sambil meluangkan masa berkualiti bersama.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah penampilan terkini Fatin.

Rata-rata memuji perubahan fizikal ibu kepada dua cahaya mata itu yang kelihatan semakin langsing dan berseri selepas menjalani pembedahan bariatrik tahun lalu.

Malah, gaya kasualnya yang tampil ringkas dengan padanan santai dan sneakers ketika berjalan-jalan turut menerima pujian kerana dilihat lebih segar dan yakin.

Antara komen yang ditinggalkan netizen:

“Cantiknya dah kurus.”

“Dah macam anak dara dah.”

“Wah cantiknya dah kurus lah.”

“Kurus teruk, lurveeee.”

“Comel macam budak sekolah lah sis, kurus sangat tu.”

“Selesa pakai sneakers kalau jalan-jalan di Cameron.”

Walau apa pun kontroversi yang pernah melanda, perkongsian terbaharu itu seakan memberi gambaran pasangan ini kini lebih tenang menjalani kehidupan, dengan keluarga kekal menjadi keutamaan.