Che Nom kena halau pemilik kafe di Switzerland, anak buat 'motor tic' disangka sebar virus

Iklan

PEMPENGARUH masakan dan YouTuber terkenal, Che Nom, berkongsi pengalaman yang tidak dijangka ketika bercuti di Switzerland bersama keluarga.

Perjalanan yang sepatutnya penuh ketenangan dan pemandangan indah bertukar menjadi detik yang agak menyentuh hati apabila mereka berdepan layanan kurang mesra di sebuah kafe kecil berhampiran stesen kereta api Lauterbrunnen.

Iklan
Iklan

Usahawan kulinari berasal dari Kedah menceritakan bahawa mereka singgah ke kafe tersebut hanya untuk berehat seketika sambil menikmati minuman panas.

Namun, ketika menunggu, anaknya yang mempunyai ASD membuat motor tic—bunyi seperti batuk ringan yang sememangnya normal baginya. Tindakan spontan itu tiba-tiba menarik perhatian pemilik kafe yang datang dengan wajah tegang sebelum menuduh, “You’re sick. You’re spreading virus. Please leave.”

Iklan

Tuduhan itu benar-benar mengejutkan Che Nom. Beliau cuba menerangkan, “He’s not sick, it’s a motor tic,” namun penjelasan itu langsung tidak diendahkan.

Keadaan menjadi lebih hiba apabila anaknya yang tidak memahami situasi terpinga-pinga apabila diarahkan keluar begitu sahaja.

Iklan

Enggan memanjangkan keadaan, Che Nom dan keluarga memilih untuk beredar dengan tenang. Lebih menarik, ini bukan kali pertama pemilik kafe tersebut dikatakan bertindak begitu.

Kekal posotif

Kata wanita itu lagi, sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai kafe itu sebelum ini dan seorang lelaki ada menghantar mesej memberitahu rakannya turut menerima layanan yang sama. Nampaknya, sikap pemilik kafe tersebut memang sudah menjadi kebiasaan.

Dalam perkongsiannya, bekas jurutera itu tetap memuji keindahan Switzerland yang tidak dapat dinafikan. Namun beliau mengakui, sesekali sikap terlalu terus-terang segelintir penduduk boleh membuatkan pelancong rasa janggal.

pemilik nama Che Normah Bakar itu bagaimanapun memilih untuk kekal positif.

Baginya, yang penting anak gembira dan perjalanan mereka diteruskan mencari kafe lain yang lebih ramah dan menyenangkan.

Pengalaman tersebut akhirnya menjadi satu lagi cerita yang mengajar tentang kesabaran dan penerimaan ketika mengembara jauh dari tanah air.