'Agresif di Parlimen, abang ipar sempurna' - Shaheizy Sam dedah Bung bapa penyayang, lembut dengan anak-anak selain komited demi rakyat

Iklan

AKTOR Shaheizy Sam yang juga adik ipar Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Allahyarham seorang abang ipar yang sempurna ketika bersama keluarga di rumah tetapi agresif di Parlimen.

"Apa yang kita nampak di Parlimen, itu bukan dia. Bagaimana agresif di Parlimen tetapi apabila di rumah, dia seorang yang sangat berbeza. 

Iklan
Iklan

"Nak dengar dia tinggi suara atau marah, semua itu tak pernah berlaku di rumah. 

"Saya rasa berbelas tahun ini, apabila di rumah, ya ALLAH. Lembutnya beliau dengan anak-anak. Baguslah," kongsi Shaheizy.

Iklan

Foto: Bernama

Dalam masa  sama, pelakon Adnan Sempit dan Bini-Biniku Gangster  itu menyifatkan Bung seorang abang ipar yang baik dan komited bekerja demi rakyat.

Iklan

"Itu yang saya cakap, beliau abang ipar yang sempurna. 

"Setiap kali dia balik kawasan, akan ada yang nak datang berjumpa dan dia tak pernah cakap tak boleh.

"Kalau sampai jam 4 pagi pun, dia tetap berjumpa dengan mereka," kongsinya lagi.

Menerusi video Bernama, suami kepada Syatilla Melvin itu mendedahkan, berita Bung dimasukkan ke hospital agak mengejutkan keluarga.

“Memang nampak dia tidak seperti dahulu. Memang sudah tidak bertenaga dan kelihatan penat.

“Yang paling mengejutkan adalah apa yang berlaku semalam. Bila mendapat tahu beliau dimasukkan ke hospital, memang betul-betul keadaannya teruk,” katanya.

Bung menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi Jumaat selepas mengalami komplikasi yang melibatkan paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag itu mendirikan rumah tangga dengan kakak Sam, pelakon Datin Seri Zizie Izette pada Disember 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata termasuk sepasang kembar.

Pasangan itu juga mempunyai dua orang anak angkat.