20 hari menjelang hari nikah, bakal pengantin jatuh gaung bersama busana, hasrat pakai tema hitam tak kesampaian

Iklan

NEGARA dikejutkan dengan berita pilu melibatkan seorang bakal pengantin yang terlibat dalam insiden terjatuh ke dalam gaung ketika hanya berbaki 20 hari menjelang pernikahannya. 

Apa yang lebih meruntun jiwa, impian untuk merealisasikan perkahwinan bertemakan hitam kini musnah dalam sekelip mata.

Iklan
Iklan

Suzaimah Che Azis, 34, dan Hassan Shazali, 52, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah), Hulu Terengganu.

Adik Suzaimah, Siti Azliana Che Azis, 33, berkata, kakaknya sangat teruja membuat persiapan perkahwinan termasuk memilih warna hitam sebagai tema pasangan dan keluarga namun kini hanya tinggal kenangan.

Iklan

Lebih memilukan, kali terakhir dia menghubungi kakaknya itu pada petang Jumaat untuk berbincang mengenai persiapan hantaran, namun panggilan itu tidak dijawab.

Menurutnya, setiap seorang daripada kami adik-beradik berhasrat menaja satu hantaran. Tetapi, apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan sebab selepas Maghrib semalam ibu beritahu kakak terlibat kemalangan dan telah meninggal dunia.

Iklan

Siti Azliana berkata, dia bergegas dari Meru, Klang ke Hulu Terengganu sebaik menerima perkhabaran itu kerana terlalu rapat dengan arwah, lebih-lebih lagi sejak mereka kerap berhubung bagi menyiapkan persiapan perkahwinan.

Sementara itu, ibu Suzaimah, Fauziah Mahmud, 58, berkata, dia dimaklumkan mengenai tragedi menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik itu oleh anggota polis selepas menunaikan solat Maghrib pada Jumaat.

Katanya, pihak lelaki dijadualkan datang merisik dan bertunang pada 20 Disember ini, manakala majlis perkahwinan dirancang berlangsung lima hari kemudian.

"Arwah sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai tiga anak berusia 15, 12 dan 7 tahun. Dia mengusahakan kantin sekolah sejak 14 tahun lalu.

"Kali terakhir kami berhubung pada Khamis lalu dan kebiasaannya arwah akan memaklumkan jika hendak ke mana-mana.

"Tapi kali ini dia tak beritahu hendak ke mana dan saya dapat tahu ada baju pengantin dalam kereta dinaiki mereka. Mungkin mereka ke Terengganu untuk buat persiapan perkahwinan," katanya. 

Media terdahulu melaporkan mangsa Hassan yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir dan Suzaimah, pekerja kantin sekolah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pasangan terbabit menaiki SUV jenis Toyota Fortuner dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu menuju ke rumah mereka di Gua Musang, Kelantan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa melalui laluan yang sebenarnya telah ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh sebelum ini.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 61 meter.

“Kedua-dua mangsa tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sumber: Sinar Harian