Rita Rudaini, Voice Of Parents rai guru MRSM Subes dengan jamuan akhir tahun. 'Terima kasih bimbing anak kami'

Iklan

AKTRES Rita Rudaini aktif dan sering tidak ketinggalan dalam persatuan ibu bapa sekolah anaknya. Dalam perkembangan terbaharu, ibu kepada dua cahaya mata itu sekali lagi mencuri perhatian apabila pelakon itu bersama Voice Of Parents tampil meraikan guru-guru MRSM Sungai Besar (Subes) dalam sebuah jamuan penuh kejutan dan penghargaan 5 Disember lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rita berkongsi majlis diiringi senyuman cikgu-cikgu membuktikan bahawa kasih dan hormat ibu bapa kepada pendidik memang tidak boleh dibuat-buat.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pihak, baik VOP mahupun para guru, sentiasa berganding bahu demi masa depan anak-anak mereka. Dalam perkongsiannya, Rita turut menitipkan ucapan penuh emosi sebagai tanda terima kasih kepada para pendidik yang tidak pernah jemu berbakti sepanjang tahun.

Iklan

"Sepanjang tahun, cikgu tidak pernah jemu membimbing anak-anak kami dengan sabar, senyum dan semangat yang tak pernah padam,

Iklan

"Setulus harapan doa dan semangat dari cikgu, doa yang lembut mengiringi setiap langkah. Ungkapan semangat yang tak pernah luntur demi kejayaan semua anak kini dan masa depan.

Rita yang turut memuat naik gambar para guru yang menikmati hidangan sambil tersenyum.

Difahamkan jamuan untuk para pelajar batch al-Khawarizmi juga akan dianjurkan VOP daripada dana Tabung Sedekah Subuh grup berkenaan.

Pelakon berusia 49 tahun itu terdahulu dikaitkan tindakan undang-undang oleh dua ahli akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT maktab berkenaan.

Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman itu terhadap defendan, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman pada 6 Disember lalu selepas notis tuntutan RM1 juta tidak dipatuhi.

Kedua-dua plaintif turut mendakwa defendan memuat naik kenyataan tanpa semakan serta mempunyai kesan reputasi yang besar susulan jumlah pengikut defendan yang ramai.

Kes tersebut dibawa ke peringkat mahkamah selepas defendan gagal memadam semua pernyataan berbaur fitnah, aku janji tidak menerbitkan pernyataan fitnah, permohonan maaf dan ganti rugi am sebanyak RM1 juta yang diminta plaintif dalam satu notis tuntutan bertarikh 15 Oktober lalu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki baru-baru ini memaklumkan akan memanggil Rita dan pihak Muafakat MRSM berkenaan bagi menjernihkan keadaan.