Yuran melampau, caj tambahan & terpaksa beli  9 baju, Asyraf Wajdi umum panduan baru MUAFAKAT MRSM. Wajib diaudit!

Iklan
Foto; FB Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SELAMA ini, ibu bapa mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang keliru dan mendakwa yuran dan caj tersembunyi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang kadang-kadang membebankan. 

Kini, dengan pengumuman Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, garis panduan MUFAKAT MRSM bakal memberi kejelasan dan ketelusan dalam semua aspek, termasuk yuran dan pakaian pelajar.

Iklan
Iklan

Asyraf Wajdi menerusi laman sosial Facebook memaklumkan pihaknya menerusi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, untuk bentuk jawatankuasa untuk meneliti, memperinci segala aspek yang terkait dengan operasi MUAFAKAT MRSM. 

Foto; FB Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Iklan

"MARA akan perkenal garis panduan untuk MUAFAKAT (PIBG) MRSM meliputi peraturan, tatacara dan kawalselia dalam mengenakan yuran atau kutipan tambahan ke atas ibubapa. Pendapatan dan perbelanjaan juga wajib diaudit.

"Ini membolehkan jawatankuasa menghasilkan dan membentuk satu garis panduan yang akan menjadi satu bentuk peraturan mengikat yang mampu mengawalselia operasi dan tadbir urus MUAFAKAT," kongsinya.

Iklan

Hal berkenaan meliputi beberapa perkara bagi mengelakkan perbalahan berkaitan perbelanjaan.

Foto; FB Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

"Untuk memastikan tidak timbul pertelingkahan dan perbalahan soal perbelanjaan mahupun yuran melampau atau caj-caj tambahan yang dikenakan atas nama sumbangan yang boleh membebankan sesetengah ibubapa dari kalangan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

"Ada sesetengah MRSM, pelajar terpaksa membeli lapan hingga sembilan jenis pakaian apabil mahu mendaftar selain baju Maktab, baju batik, baju korporat dan lain-lain.

Foto; FB Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

"Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan kawalan dapat dibuat supaya kebajikan anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah terpelihara dan tidak dibebankan dengan pembayaran tambahan yang begitu menekan mereka," kongsinya.

Warga maya menyokong tindakan Asyraf Wajdi dan mahu hal yang sama dilaksanakan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sumber: Instagram