APABILA tiba musim persekolahan, cabaran paling besar bagi ibu bapa bukan hanya memastikan anak-anak lengkap dengan buku dan beg, tapi juga soal kasut.
Dari kasut basah selepas hujan, bau hapak, hingga risiko tertukar kasut di sekolah, isu kecil ini kadang kelihatan remeh tetapi boleh mencetuskan stres harian.
ABARO, jenama kasut sekolah tempatan, nampaknya memahami 'drama kecil' ini dengan cukup baik. Malah, mereka baru-baru ini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) untuk kategori Most Innovative Features in a School Shoe.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh, setiap langkah anak-anak di sekolah penting.
"Kami mahu ibu bapa rasa yakin, dan anak-anak selesa. Jadi kami cuba dengar pengalaman sebenar keluarga dan masukkan lebih daripada 10 ciri inovatif dalam setiap kasut,” katanya.
Salah satu ciri yang sering dipuji ialah HideTech, poket tersembunyi untuk penjejak GPS. Begitu juga dengan cabaran kasut basah selepas hujan. DryTech membantu menyelesaikannya dengan praktikal.
Kempen back to school
Bagi murid sekolah rendah, isu kasut tertukar sering menjadi cerita harian. ABARO NameTech hadir sebagai penyelesaian.
Selain itu, ABARO kini sedang menghangatkan musim persekolahan dengan kempen Back To School 2025/2026 sehingga 15 Januari 2026.
Sepanjang tempoh ini, RM1 daripada setiap pasang kasut dijual disalurkan kepada Dana CSR ABARO, membantu kanak-kanak kurang berkemampuan dan golongan B40 mendapatkan kasut sekolah baharu.
Rekaan terbaharu kasut ABARO mengekalkan ciri teknologi, tetapi tampil lebih ringkas dan kemas, sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Dengan fokus kepada keselesaan, keselamatan, dan inovasi yang praktikal, label ini membuktikan bahawa kasut sekolah bukan sekadar fesyen atau keperluan, tetapi juga penyelesaian harian yang memberi ketenangan kepada ibu bapa dan keyakinan kepada anak-anak.