Dari helmet ke litar: Cara unik Safi Shayla lancar syampu kafein & vitamin c serum terbaharu

Iklan

SAFI Shayla baru-baru ini tampil dengan pendekatan berbeza dalam pelancaran syampu terbaharunya apabila menganjurkan sebuah acara luar biasa berbentuk pengalaman sebenar melalui Safi Shayla Go-Kart Race Challenge, khas untuk meraikan keyakinan dan gaya hidup aktif wanita berhijab.

Berbeza daripada acara kecantikan konvensional, Safi Shayla memilih konsep perlumbaan go-kart sebagai simbol ujian ketahanan rambut hijabi dalam situasi sebenar, melibatkan haba, peluh, tekanan helmet dan pergerakan aktif, yang sering dialami oleh wanita berhijab dalam kehidupan seharian.

Iklan
Iklan

Yang menariknya, jemputan ke acara itu dilakukan secara kreatif apabila Safi Shayla menghantar helmet kuning menyala bersama ‘golden ticket’ kepada para pencipta kandungan dan wakil media sebagai simbol cabaran yang bakal ditempuhi, sekali gus mengajak mereka keluar dari zon selesa untuk merasai pengalaman unik ini.

Iklan

Acara tersebut bertujuan memperkenalkan syampu Safi Shayla SUPA Micellar Thick & Volume, pertama di Malaysia yang diformulasikan khas untuk rambut wanita berhijab dengan gabungan kafein dan vitamin C serum yang menyokong keupayaan rambut berhijab untuk kekal segar, ringan dan bervolum walaupun selepas tekanan seharian.

Iklan

Ia sejajar dengan mesej kempen pelancaran 'Leper Tiada Lagi, Kini Kepuk Kembali'.

 

Sepanjang acara, seramai lebih daripada 60 wanita hijabi menyertai perlumbaan go-kart dalam sesi khas eksklusif, sebelum acara dibuka kepada penyertaan orang awam, di mana setiap pembelian syampu melayakkan peserta menikmati sesi go-kart secara percuma.

Semua peserta berkongsi pengalaman positif, menyatakan rambut mereka masih terasa selesa, ringan dan kekal bervolum walaupun selepas melalui aktiviti seharian, sekali gus membuktikan syampu ini berjaya lulus ujian sebenar.

Menurut Pengurus Korporat dan Kawal Selia SAFI, Rozaina, acara berkenaan bukan sekadar pelancaran syampu, tetapi satu usaha untuk meraikan keberanian wanita berhijab yang berani mencabar diri dan membuktikan bahawa keyakinan datang dari dalam diri, dan terutamanya bagi seorang hijabi, keyakinan sering bermula dengan keselesaan di bawah hijab.

Acara  itu juga bersempena dengan sambutan World Hijab Day, sekali gus menjadi platform untuk menghargai kekuatan, keyakinan dan gaya hidup aktif wanita berhijab masa kini.

Untuk maklumat lanjut mengenai syampu Safi Shayla SUPA Micellar Thick & Volume dan aktiviti akan datang, sila layari platform media sosial rasmi Safi Malaysia.