Anak kedua masuk asrama, Dr Sheikh Muszaphar sayu, sukar lepaskan Tasha ke TKC. 'Doakan terbaik dunia akhirat'

Iklan

SEPERTI kebanyakan ibu bapa yang berasa sedih apabila anak- anak  berangkat ke sekolah berasrama, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha juga tidak terkecuali.

Akhirnya saat berpisahan sudah tiba, bapa kepada tujuh cahaya mata itu meluahkan rasa sayu ketika menghantar anak keduanya, Sophea Natasha, 13, atau Tasha melanjutkan persekolahan menengah di ke sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah (TKC).

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di Instagram akaun miliknya, foto memaparkan Tasha di  asrama sekolah elit di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan itu. Walaupun sedih, beliau dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos sedar keputusan itu dibuat demi kebaikan masa depan anak mereka.

"Gambar Tasha berangkat ke TKC. Rasa sedih pula melepaskan dia pergi demi kebaikannya sendiri.

Iklan

"Pada tahun 2024 ketika Bella melangkah ke sekolah berasrama, kami benar-benar sukar untuk melepaskan.

"Pada tahun 2026, perasaan itu sama beratnya, malah mungkin lebih mencabar," kongsinya.

Iklan

Kongsinya lagi, beliau dan isteri yang sudah biasa dengan suasana dan pembelajaran di bersekolah berasrama, Dr Sheikh Muszaphar berharap Tasha sudah bersedia menghadapinya.

"Kami berdua ibu bapanya adalah lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Kami melalui kehidupan sekolah berasrama sejak Tingkatan Satu.

"Kami tahu apa yang diperlukan dan cabarannya, cuma perlu hadapi dan lalui," titipnya yang merupakan alumni MRSM Muar, Johor.

Biarpun berat hati untuk melepaskan puteri keduanya, namun ia harus dilakukan demi masa depan sambil berpesan akan cuba melawat Tasha pada setiap hujung minggu.

"Tasha kelihatan sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. 

"Kami mendoakan yang terbaik buatnya agar berjaya di dunia dan di akhirat. Amiin. 

"PS – Daddy akan datang setiap minggu," tulisnya.

Terdahulu, anak sulungnya Sophea Isabella atau Bella, 15, melanjutkan pengajian peringkat menengah di Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).

Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar yang merupakan rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas dan ia adalah hasil program yang dilhamkan pada 2003 berkahwin dengan Dr Halina pada 10 Oktober 2010.

Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam,Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia serta putera bongsu Syed Muhammad.