Pelakon dakwa dipaksa s*ks oral oleh sepupu, seseorang dalam industri seni. 'Sampai sekarang dendam, 'binatang' itu masih tak berubah...'

Iklan

PELAKON  Alqal Sahar membuat pengakuan dan mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan s*ksual ketika zaman kanak-kanaknya. 

Pernah berlakon dalam drama bersiri popular Diari Ramadan Rafique, Alqal menerusi Threads mendakwa, perkara terkutuk itu dilakukan oleh individu yang mempunyai hubungan darah dengan dirinya.

Iklan
Iklan

“Dan bila tiba masanya, akan aku ceritakan zaman kecilku yang diliw*t oleh darah daging sendiri berkali-kali. Ya ALLAH, kelihatan indah hidupku ketika kecil dengan berlakon sana sini, namun hakikatnya dendam itu masih terpahat dalam fikiran.

"Aku diam demi menjaga tali persaudaraan, namun hakikatnya hingga hari ini aku masih menyimpan dendam kerana binatang itu masih tidak berubah. Sumpah atas nama ALLAH, ini benar,” titip Alqal.

Iklan

Mengakui dilahirkan dalam keluarga sederhana, Alqal merantau ke ibu kota demi mencari sesuap nasi dan membantu keluarga.

Dakwanya, niat luhur mencari rezeki dengan menumpang di rumah saudara mendedahkannya kepada pengalaman pahit yang meninggalkan trauma sehingga kini.

Iklan

Tidak hanya dirinya, Alqal mendakwa ramai lagi mangsa terlibat namun tidak berani untuk bersuara.

"Keluarga aku orang yang susah, adik-beradik ramai. Dari aku kecil, berlakon untuk membantu keluarga. Dari Johor ke Kuala Lumpur seorang diri, duduk di rumah mak uda (Makbell)? Di situlah aku dipaksa melakukan perkara jijik.

"Aku tak sanggup zaman kanak-kanakku diliw*t, dipaksa oleh binatang jantan itu. Aku rasa ramai pelakon kanak-kanak pada zaman itu turut terkena dengan binatang ini dan sehingga ke zaman sekarang pun masih ada kanak-kanak yang terjebak, cuma mereka takut untuk bersuara" tulisnya.

Pelakon lelaki itu juga mendedahkan terpaksa menghadapi perbuatan jijik dan penderaan s*ksual oleh seseorang yang dipercayai demi kewangan dan kerana tali persaudaraan.

Individu disifatkan yang disifatkan sebagai binatang bertopeng manusia dipercayai turut 'mengganggu' adik Alqal.

"Aku luahkan ini sebab aku tak mahu pelakon kanak-kanak zaman sekarang lalui benda jijik yang pernah aku hadap dulu. Dulu aku terpaksa hadap demi kewangan dan mungkin juga kerana tali persaudaraan. Tapi sampai bila aku nak pendam? Binatang yang bahagia mencari mangsa terus menerus.

"Hendak sangat berlakon tapi terpaksa hadap binatang bertopeng manusia. Aku yang saudara dengan dia pun dia sanggup, apatah lagi orang lain.

"Hari ini baru aku tahu, yang lebih sialnya, adik aku sendiri pun pernah diraba oleh binatang ini. Baruah anjing!" kongsinya.

Namun dalam satu hantaran terbaharu, dia mendakwa dipaksa melakukan pelakuan intim oral dan tidak melibatkan perbuatan s*ks luar tabii.

Dalam posting terdahulu, dia juga meluahkan kekesalan mengorbankan zaman kanak-kanak selain mengabaikan pelajaran demi mengejar cita-cita menjadi artis sebelum bertukar kepada tugas di belakang tabir.

Pernah terkesan dengan Covid-19, Alqal pulang ke kampung membina hidup baru bersama ibu bapanya.

Sumber: Threads