PENYANYI Liza Hanim berkongsi momen manis anak keduanya Marissa Qaireen mencatat kejayaan dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Ternyata perjalanan Marissa menghadapi peperiksaan bertaraf dunia itu tidak mudah. Menerusi hantaran di Instagram, Liza berkongsi cabaran dihadapi sebelum mengecap kejayaan pada hari ini.
"Marissa Qaireen kamu tak tahu betapa bangganya ayah dan mama dengan kamu. 2025 adalah tahun yang sukar, break down, burn out, menangis jadi teman… tapi kamu berjaya melaluinya!! Alhamdulillah usaha Kak Ngah membuahkan hasil… tahniah atas peperiksaan IGCSE kamu!!!
Dalam pada itu, Liza tidak henti memberi sokongan buat pelajar Maktab Rendah Sains Mara Alor Gajah itu untuk terus berusaha untuk peperiksaan-peperiksaan seterusnya termasuk Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.
"Sekarang kita berjuang untuk pusingan seterusnya dan kami semua ada di sisi kamu, ingat itu ok!!!! Jangan lupa untuk menikmati tahun kamu sebagai Senior, hargai setiap detik bersama kawan-kawan, jangan tinggal solat dan terus berdoa
Terdahulu, Marissa melakar kecemerlangan dengan meraih Anugerah Pencapaian Antarabangsa MRSM pada tahun lalu dan Anugerah Pengetua MRSM pada tahun 2023.
Sekadar info, program IGCSE diperkenalkan di MRSM pada tahun 2011 dengan MRSM Tun Abdul Razak, Pekan sebagai pusat rintis dengan pengambilan pertama seramai 180 pelajar Tingkatan Satu.
Pelajar akan mengikuti subjek teras seperti mana MRSM Premier dengan penambahan bahasa ketiga (Perancis, Jepun dan Mandarin).
Mereka akan mengambil peperiksaan Cambridge Secondary 1. Seterusnya pelajar akan mengambil peperiksaan Cambridge Secondary.
IGCSE diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai setaraf dengan British GCSE dan International GCE ‘O’ - Level Exam.
Cambridge Checkpoint ialah ujian diagnostik yang diambil pada akhir Secondary 1 atau akhir Tingkatan Dua.