Baru 9 hari bertugas, guru besar ditemui maut tragis dengan isteri, rupanya kemurungan. 'Hanya DNA kedua-dua mangsa...'

Iklan

KES kematian tragis pasangan suami isteri di Sri Aman, Sarawak akhirnya menemui titik noktah. Siasatan pada kes melibatkan kesan tikaman 11 kali pada suami dan tusukan senjata tajam pada leher si isteri itu dipercayai berpunca daripada masalah tekanan emosi yang dialami si suami.

Sempat menjalankan tugas sebagai guru besar selama sembilan hari, pendidik berusia 45 tahun itu didakwa mengalami tekanan emosi.

Iklan
Iklan

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, berdasarkan keterangan daripada ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja mendapati guru besar tersebut dikatakan mengalami kemurungan sejak bertukar sekolah ke Lubok Antu, Sri Aman.

Iklan

Katanya, laporan kimia terhadap senjata tajam yang ditemui dan digunakan dalam kejadian tersebut juga hanya menemui asid deoksiribonukleik (DNA) pasangan tersebut.

"Setakat ini kita telah merakam lebih kurang 30 kenyataan daripada saksi-saksi iaitu melibatkan keluarga, sahabat, rakan-rakan dan juga guru-guru serta jiran. Berdasarkan keterangan saksi-saksi, si suami didapati kemurungan sejak kebelakangan ini apabila dia ditukarkan menjadi Guru Besar di Lubuk Antu.

Iklan

"Hasil daripada siasatan kita, senjata yang digunakan dalam kes ini hanya ada DNA untuk kedua-dua mangsa sahaja, tidak ada DNA-DNA asing. Seperti mana saya maklumkan sebelum ini, tidak ada tanda kesan pecah rumah, barang berharga hilang ataupun disamun.

"Jadi kesimpulan yang kita boleh buat bahawa kejadian ini, pembunuhan ini hanya melibatkan mangsa berdua iaitu suami dan isteri. Saya boleh simpulkan kes ini telah pun selesai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, sepanjang siasatan pihaknya turut merakam keterangan daripada pakar patologi yang melakukan proses bedah siasat kedua-dua mayat.

"Kita percaya bahawa tidak ada lagi siasatan-siasatan lain yang perlu kita tunggu melainkan menunggu laporan forensik untuk telefon bimbit kedua-dua mangsa untuk mengetahui lebih lanjut lagi sekiranya ada perkara-perkara yang boleh membantu kita mewujudkan apakah sebenar motif kematian kedua-dua mangsa ini.

"Kita belum dapat simpulkan sepenuhnya kerana kita nak tahu apa sebenarnya motif selain daripada kemurungan tersebut," katanya.

Terdahulu, pasangan itu ditemui di dalam bilik tidur oleh anak mereka yang sedang bersiap ke sekolah pada jam 6.55 pagi 14 Januari lalu.

Pasangan berkenaan meninggalkan dua cahaya mata perempuan dan seorang lelaki masing-masing berusia sembilan, 16 dan 17 tahun.

Sumber: Sinar Harian