Bukan sebab kurus! Achey jawab isu isteri dari cleaner jadi duta Jakel- 'Saya dah hidup 11 tahun dengan berat dia 100 kilo'

Iklan

PELANTIKAN pelawak Achey sekeluarga sebagai duta jenama pakaian raya terkenal, Jakel, nyata mencuri perhatian ramai.

Namun, di sebalik senyuman bahagia yang terpancar dalam setiap kempen, timbul pula pelbagai spekulasi netizen yang mendakwa pembabitan isterinya sebagai duta kononnya berpunca daripada perubahan fizikal yang semakin kurus.

Iklan
Iklan

Tidak berdiam diri, pemilik nama penuh, Mohd Nasir Hamzah tampil menjelaskan kisah sebenar yang jauh lebih menyentuh hati dan penuh makna.

Menurut anak jati Johor itu, tawaran daripada pihak Jakel sebenarnya pada awalnya hanya diberikan kepadanya seorang sahaja.

Iklan

Namun, dia sendiri mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak pengurusan agar peluang itu dikongsi bersama keluarga.

“Tawaran tu sebenarnya untuk saya dan harga yang diberikan pun untuk saya sorang.

Iklan

"Saya beritahu dekat pihak Jakel, kenapa tak kalau dengan harga yang sama saya bawa keluarga sekali. Mereka pun excited dan setuju,” jelasnya.

Achey menegaskan, isu isterinya yang kini kelihatan lebih sihat dan susut berat badan langsung bukan faktor utama pemilihan mereka sebagai duta.

"Saya yang minta bawa keluarga sekali,” katanya tegas.

Lebih menyentuh perasaan apabila pelakon dan penyanyi tersebut mengimbas kembali perjalanan hidup bersama isterinya yang telah melalui pelbagai fasa susah senang hampir 11 hingga 12 tahun bersama.

"Saya happy dengan dia. Bukan sebab rupa,” katanya jujur.

Namun, Achey mengakui perubahan gaya hidup isterinya dibuat bukan untuk memenuhi kehendak orang lain, sebaliknya demi kesihatan.

“Saya tak sanggup tengok dia cepat mengah naik tangga, lutut selalu problem, angkat barang sikit pun sakit.

"Kadang-kadang dekat rumah saya kena tolong tarik kaki dia sebab sakit,” kongsinya.

Membuka kisah lama

Kata Achey, sebagai suami, melihat kesukaran yang dialami isteri membuatkan dia mahu wanita kesayangannya itu menjalani hidup yang lebih sihat dan selesa.

Lebih daripada itu, Achey turut membuka kisah lama yang menjadi bukti pengorbanan isterinya sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan.

“Saya masuk industri dulu kita tak ada duit.

"Isteri saya kerja sebagai cleaner untuk support saya. Tanpa ragu-ragu,” katanya penuh rasa terharu.

Pengorbanan itulah yang membuatkan ayah kepada Nur Tiara Zinnirah berpegang pada prinsip bahawa kesenangan yang dinikmati hari ini wajib dikongsi bersama insan yang setia menemani di saat susah.

"Takkan masa senang dia tak dapat merasa,” luah Achey.

Baginya, sebagai suami, cukuplah sekadar rezeki yang ada mampu menyara hidup, manakala kebahagiaan isterinya menjadi keutamaan.

“Kalau cukup makan, cukup pergi kerja balik kerja pun dah memadai untuk saya.

"Janji dia bahagia, dia boleh nikmati apa yang dia nak,” katanya.

Lelaki berusia 39 tahun itu turut menepis sebarang tanggapan negatif kononnya dia akan meninggalkan isterinya apabila berada di puncak kejayaan.

"Sedangkan semua akaun pun atas nama dia,” selorohnya lagi.

Kisah Achey dan isterinya nyata menjadi inspirasi ramai, membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar tentang glamor atau rupa paras, tetapi tentang kesetiaan, pengorbanan dan penghargaan terhadap insan yang sentiasa ada di sisi.

Pelantikan mereka sekeluarga sebagai duta Jakel bukan sekadar simbol populariti, sebaliknya lambang rezeki yang dikongsi bersama setelah melalui perjalanan hidup penuh liku.