Ditikam mati disyaki oleh anak sendiri, ucapan hari lahir ibu tunggal undang sebak 'I would use my last breath to tell you...'

Iklan

KES pembunuhan seorang eksekutif bank di Kota Setar, Kedah baru-baru ini benar-benar meruntun hati ramai apabila suspek yang ditahan disyaki merupakan anak kandung mangsa sendiri.

Lebih menyayat perasaan, ucapan hari lahir yang dimuat naik kira-kira 10 tahun lalu kembali tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi sebak daripada netizen. Rata-rata meluahkan rasa tidak percaya bagaimana hubungan darah akhirnya berakhir dengan tragedi.

Iklan
Iklan

Suspek kini berusia 29 tahun, manakala mangsa, Zahrullail Basir, 52, ibu tunggal penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Happy 19th birthday my first hero. Semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat, sentiasa dirahmati serta diberkati ALLAH," titipnya dalam satu hantaran pada tahun 2016.

Iklan

Malah, dalam satu foto yang dikongsikan sebelum ini, tertera kata-kata penuh kasih sayang dalam bahasa Inggeris yang berbunyi: 'To my children, if I had to choose between loving you and breathing, I would use my last breath to tell you' yang bermaksud “Buat anak-anakku, jika aku terpaksa memilih antara bernafas dan menyayangi kalian, aku akan menggunakan nafas terakhir untuk memberitahu betapa aku mencintai kalian.”

Iklan

Sementara itu, lapor Sinar Harian, siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

Anak sulung enam adik-beradik itu dipercayai bertindak menikam ibunya secara bersendirian.

Terdahulu, SinarPlus berkongsi Allahyarham Zahrullail ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman pada Isnin. Dia yang bakal mendirikan rumah tangga pada 13 Februari mengalami tiga tiga tikaman iaitu di bahagian perut dan atas payudara kiri selain cedera di pergelangan tangan.

Terdapat kesan luka di bahagian kepala dan muka selain lebam di bahagian bahu kiri dan atas dahi serta luka di tapak tangan kiri.

Hasil pemeriksaan juga mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang.

Suspek direman hingga 9 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.