‘Mama bangga kamu memberi untuk ummah’ — Doa istimewa ibu buat Neelofa sempena hari lahir ke-37

Iklan

TANGGAL 10 Februari merupakan tarikh ulang tahun kelahiran pelakon dan pengacara popular iaitu Noor Neelofa. Ibunya, Datin Noorkartini Noor Mohamed  tidak lupa menitipkan ucapan istimewa buat puterinya.

Meninjau di Instagram, Noor Kartini telah memuat naik satu foto berserta ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Neelofa yang ke-37 tahun. 

Iklan
Iklan

Dalam kesempatan itu, ibu kepada sembilan cahaya mata tersebut sempat merangkaikan doa menyentuh hati dan meluahkan rasa bangga anaknya menyumbang kepada ummah.

"Happy birthday wahai anakku sayang. Sekuntum bunga indah yang tumbuh ditaman hati mama dengan penuh rasa syukur dan kasih dan dihadiri dengan doa-doa  istimewa berpanjangan untuk melihat anakku Neelofa menjadi seorang insan yang menabur benih kebaikan ke seluruh pelosok alam. ALLAH Maha Indah aturannya.

Iklan

Dalam pada itu, Noor Kartini juga mendoakan agar anak ketiganya itu dikurniakan rezeki melimpah. 

Iklan

"ALLAH, terima kasih ALLAH dengan segala kurniaan-MU. Sihat dan afiyah untuk anakku, takdirkannya dengan takdir-takdir yang indah dan membahagiakan, lebih mendekatkan dia kepada-MU dengan iman serta takwa. 

"Rezeki yang seluas-luasnya dan rezeki yang diwarisi zuriat keturunannya, umur yang barakah penuh nikmat dan kemanisan dalam beribadah juga diberkati ilmu-ilmunya semoga lebih luas perkongsiannya.. 

"Ya ALLAH angkatlah darjat dan keturunannya dan capai segala cita-cita dan qabulkan doa-doa anakku Neelofa. Love you anakku Neelofa," titipnya.

Sekadar info, juara  Dewi Remaja 2009/2010 itu kini aktif dalan perniagaan. Neelofa juga memiliki badan kebajikannya sendiri iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa.

Untuk rekod, Neelofa berkahwin dengan pendakwah Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki  iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.