TENTU ramai masih ingat genius Matematik, Adi Putra Abdul Ghani.
Kini mencecah usia 26 tahun, Adi Putra sudah pun bergelar bapa kepada seorang cahaya mata perempuan pada ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Adi menerusi hantaran di Instagram berkongsi berita gembira menimang anak sulung pada 27 Januari lalu.
"Terima kasih Ya ALLAH. Tepat pada 27 Januari tanggal kelahiranku tahun ini dikurniakan hadiah yang terindah buatku.
"Suatu permata untuk menyeri dan menjadi cahaya hidupku.
"Sesungguhnya, tiada hadiah yang lebih sempurna selain kurniaan-MU ini. Selamat datang puteriku, Anais," titip Adi.
Sekadar info, Adi melangsungkan perkahwinan dengan dengan wanita pilihan hatinya, Siti Sarah Zurkarnain pada November 2023.
Anak kepada Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias itu mahir dalam bidang matematik dan pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai Genius Matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit).
Ketika berusia enam tahun, anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford di United Kingdom (UK) dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS).
Artikel berkaitan:
- Tahniah! Genius Matematik Adi Putra kini suami Siti Sarah, 10 fakta menarik kepintaran yang memberi inspirasi
- Usia 12 tahun, Izz Imil siswa termuda Universiti Malaya, 10 fakta hebat kanak-kanak genius
- Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil
- Umur baru 2 tahun, dah jadi ahli Mensa termuda UK! Budak genius British pecah rekod dunia
- Kanak-kanak genius kuasai 8 bahasa, kenali Bella Devyatkina
Sumber: Instagram