Umur baru 2 tahun, dah jadi ahli Mensa termuda UK! Budak genius British pecah rekod dunia

No Image Caption
A
A
A

BELUM lagi bebas pampers tapi seorang kanak-kanak genius di United Kingdom (UK) sudah pandai baca buku seawal usia setahun.

Lagi mengujakan, tahap IQ yang dimiliki Joseph Harris-Birtill dikatakan mencecah 132 ke atas sehingga tercatat dalam Guinness World Records.

Lapor cbsnews, kisah budak lelaki yang diterima masuk sebagai ahli Mensa termuda UK itu menggemparkan dunia.

Kanak-kanak bijak yang dilahirkan pada 23 November 2021 tersebut diterima masuk organisasi eksklusif berkenaan ketika umurnya baru dua tahun.

Menurut ibunya, Rose, mereka sekeluarga sudah nampak perkembangan luar biasa anaknya sejak masih bayi lagi

“Sekarang ini dia tengah belajar kod morse dan dah hafal abjad Greek. Baru-baru ni dia mula tunjuk minat jadual berkala kimia.

No Image Caption

“Minat dia memang luas dan pelbagai. Jadi, dia memang suka belajar benda baru dan suka cabaran,” ceritanya penuh teruja.

Artikel Berkaitan:

Nak dijadikan cerita, ibu bapa kepada Joseph itu sebenarnya merupakan kakitangan Universiti St Anddrews yang cukup terkenal di Scotland.

Mereka dikatakan mula menghubungi Mensa apabila melihat perkembangan anaknya yang sudah pandai membaca di luar usia sepatutnya.

No Image Caption

“Saya scroll online untuk cari sokongan tambahan dan akhirnya jumpa yang mana Mensa mampu sediakan sumber serta keahlian.

“Kami harap pencapaian ni akan berikan rasa bangga bila dia besar nanti. Ia satu pengiktirafan yang sangat luar biasa dan semua ni hasil usaha dia sendiri,” katanya.

Ahli termuda

Kita selidik serba sedikit informasi berkaitan Joseph yang 13 hari lebih muda berbanding ahli perempuan termuda Mensa, Isla McNabb dari Amerika Syarikat.

No Image Caption

Si kecil handsome itu secara automatif pegang title ahli Mensa termuda di United Kingdom sekali gus mengatasi Teddy Hobbs yang diiktiraf pada usia empat tahun pada tahun 2023.

Rose juga juga berharap perkongsian kisah anaknya dapat tingkatkan kesedaran tentang keperluan unik kanak-kanak seperti Joseph.

“Ramai yang salah faham bahawa budak gifted ni semua benda senang jer untuk mereka, tapi sebenarnya semua orang perlukan rangsangan yang sesuai sepanjang hidup mereka.

“Jika diabaikan, bakat unik mereka boleh jadi malap sebab terpaksa sesuaikan diri dalam persekitaran yang tak dibina untuk mereka.

No Image Caption

“Joseph bernasib baik sebab dia dapat pergi ke tadika yang sangat bagus dan ada cikgu muzik yang hebat. Jadi melalui Mensa, kami harap dia dapat komuniti rakan sebaya yang boleh terus sokong dia untuk perkembangan daya intelek,” katanya.

Hebatlah si kecil ini yang sudah pandai meneroka ilmu baharu termasuklah bidang kimia.

Moga bakat anak bangsa kita boleh digilap supaya menjadi insan berguna untuk pembangunan negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang