Usia 12 tahun, Izz Imil siswa termuda Universiti Malaya, 10 fakta hebat kanak-kanak genius

No Image Caption
A
A
A

GENIUS! Demikian perkataan tepat menggambarkan potensi intelek semula jadi yang tinggi kanak-kanak bernama Izz Imil Shahrom, 12.

Beliau menggemparkan negara apabila menjadi siswa termuda Universiti Malaya (UM) sesi 2024/2025.

Izz Imil malah dinobatkan pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke UM sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Lebih membanggakan, kanak-kanak genius itu mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik.

No Image Caption

Berikut 10 info menarik mengenai kanak-kanak ini:

1-Berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Prof Dr Fatimah Kari memaklumkan Izz Imil memasuki Tingkatan Satu di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia pada usia enam tahun.

2-Kanak-kanak itu seterusnya menyambung peringkat O Level pada usia lapan tahun manakala A Level pada usia 11 tahun.

3-Sementara itu, menurut pengguna akaun Facebook Fdaus Ahmad, kanak-kanak itu pernah didiagnosis dengan autisme ringan sejak kecil, kini dikenali dalam spektrum berfungsi tinggi dikategorikan sebagai hyperlexic, atau lebih dikenali sebagai Sindrom Einstein.

4-Difahamkan, kanak-kanak itu pernah menerima terapi di University of Texas Hospital selepas mengikuti ibu bekerja di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

5-Seawal usia dua tahun Izz Imil sudah boleh mengira, membaca tulisan rumi dan Jawi.

Artikel berkaitan

Tahniah! Genius Matematik Adi Putra kini suami Siti Sarah, 10 fakta menarik kepintaran yang memberi inspirasi

'Cantik & tinggi Bella, ada lesung pipit.' Terbang ke Universiti Oxford, penampilan anak sulung Dr Sheikh Muszaphar jadi perhatian!

Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil

Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar untuk Bella. 'Selepas berfikir, berbincang & solat istikharah'

6-Ketika kanak-kanak lain baharu mengenal suku kata dan belajar membaca, Izz Imil sudah mempunyai buku kegemaran iaitu Secret of Mental Math dan lancar dalam pemahaman jadual berkala unsur seawal umur lima tahun.

7-Malah Ketika berumur enam tahun, tahap pemikirannya dikatakan sudah menyamai pelajar berumur 16 tahun.

Sebelum ini, Izz telah dianugerahkan CTY Grand Honour/SET, sebagai salah seorang pelajar dengan markah tertinggi dalam pencarian bakat CTY 2022/2023 oleh Johns Hopkins Center for Talented Youth.
Sebelum ini, Izz telah dianugerahkan CTY Grand Honour/SET, sebagai salah seorang pelajar dengan markah tertinggi dalam pencarian bakat CTY 2022/2023 oleh Johns Hopkins Center for Talented Youth.

8-Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dalam kenyataan berkata, Izz Imil telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas universiti dan diluluskan Senat Universiti bagi menyambung pengajian di sana.

9-Memandangkan usianya yang muda, pihak universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang dan privasi kepada pelajar berkenaan melalui proses pembelajaran dan penyesuaian diri di universiti.

10-Noor Azuan juga mengakui Izz Imil sama seperti anak-anak lain seusia dengannya. Berperwatakan ceria dan sangat petah berbicara, kanak-kanak itu akan dibantu dalam menyesuaikan diri bagi membolehkan beliau dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik.

LEBIH BANYAK GAME TRICK!

No Image Caption

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang singgah di UM untuk bertemu sendiri dengan pelajar cemerlang itu berkata Izz Imil mempunyai minat yang mendalam dalam Matematik.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak UM telah merangka beberapa perancangan khusus supaya adik Izz Imil dapat belajar dengan persekitaran yang baik dan kondusif.

"Sama-sama kita doakan adik Izz Imil dapat belajar dengan baik, menjadi pelajar cemerlang serta mampu memberi hasil terbaik kepada masyarakat dan negara.

"Kepada adik Izz Imil, kita jumpa lagi nanti. Banyak lagi 'game trick' yang kita nak buat sama-sama nanti," katanya.

Sekadar info, program Permata Pintar ditubuhkan pada 2009 merupakan program khas pertama di Malaysia untuk pelajar mempunyai potensi intelek semula jadi yang tinggi.

Selain itu, program itu juga bertanggungjawab mengenal pasti pelajar pintar dan berbakat dari seluruh negara serta memberikan peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka.

Mula diperkenalkan pada tahun 2011, program pendidikan pertama seumpamanya di Malaysia itu yang menyepadukan pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang