Zara Awliya X Sally Whoo lancar telekung Leona, gabungan moden dan tradisi untuk Muslimah aktif

Iklan

MENYEDARI hakikat bahawa ibadah kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup wanita, jenama pakaian ibadah tempatan, Zara Awliya, tampil dengan pendekatan segar melalui kolaborasi bersama pempengaruh media sosial yang popular, Sally Whoo.

Menurut pengasas Zara Awliya, Faridah Hanom Samsudin, pemilihan Sally atau nama sebenarnya,  Nur Salihah Aimuni Muhammad Azaham sebagai wajah kempen adalah untuk menonjolkan elemen minimalis.

Iklan
Iklan

Sally juga cukup sinonim dengan gaya minimalis selain turut memberi sentuhan peribadi kepada rekaan kali ini.

"Perincian lace yang eksklusif pada telekung ini adalah hasil pilihan peribadi Sally sendiri bagi memastikan setiap inci rekaannya nampak elegan," jelas Faridah.

Iklan

Hasilnya, lahirlah Telekung Leona, sebuah koleksi yang bukan sekadar memenuhi fungsi solat, tetapi turut menyentuh sisi estetika dan emosi pemakainya.

Iklan

Dilancarkan secara rasmi pada 11 Februari lalu, setiap kemasan lace dipilih dengan teliti, cukup untuk menonjolkan feminin moden tanpa meninggalkan ciri tradisional telekung.

Palet warna pastel dan klasik pula mencipta rasa tenang yang harmoni, selain keselesaan pemakai menjadi keutamaan Zara Awliya, seiring reputasi jenama yang terkenal dengan kualiti fabrik.

Telekung Leona menggunakan material yang sejuk, ringan dan mudah dijaga, sesuai dengan iklim tropika dan gaya hidup wanita aktif masa kini.

Rekaan muka ‘flexi’ pula memastikan bahagian dahi tidak ketat, sekaligus mengelakkan kesan merah selepas solat.

Set eksklusif

Selain daripada telekung itu sendiri, pembelian Telekung Leona turut disertakan dengan set eksklusif termasuk beg telekung berzip yang kompak dan kemas, serta kotak edisi terhad yang sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk ibu, isteri, sahabat atau bahkan sebagai hantaran.

Inspirasi di sebalik koleksi ini mudah difahami: apabila wanita berasa selesa dan yakin ketika menghadap Ilahi, ketenangan yang dirasai menjadi lebih mendalam.

Kolaborasi antara Zara Awliya dan Sally Whoo melalui Telekung Leona membuktikan, pakaian ibadah tidak hanya berfungsi dari segi fizikal, tetapi boleh berevolusi mengikut arus gaya hidup moden.

Ia mengekalkan nilai syariat sambil menawarkan sentuhan estetika, praktikaliti dan nilai emosi yang dekat dengan hati wanita masa kini.

Sementara itu, Sally ketika ditemui berkata, dia cukup berkeyakinan terhadap standard kualiti koleksi tersebut.

"Selain reka bentuk yang menarik, pemilihan material yang selesa memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti fokus ketika beribadah," ujarnya yang yakin untuk memperkenalkan jenama berkenaan kepada pengikutnya.