Lima cawangan baharu Arora Beauty Spa warnai trend penjagaan kulit di Malaysia

Iklan

Dalam dunia kecantikan yang semakin sarat dengan pilihan, bukan mudah untuk sesebuah jenama tempatan mencipta gelombang sendiri. Namun itulah yang berjaya dilakukan oleh Arora Beauty Spa apabila melancarkan lima cawangan serentak, sekali gus mencetuskan satu gerakan baharu dalam landskap penjagaan kulit profesional negara.

Langkah berani itu bukan sekadar pembukaan premis, tetapi simbol kesungguhan jenama ini memperluaskan pengalaman rawatan wajah bertaraf profesional kepada lebih ramai wanita dan lelaki Malaysia.

Iklan
Iklan

Lima lokasi strategik yang terlibat ialah Setia Alam, Ipoh, Seri Manjung, Seberang Jaya dan Cyberjaya, satu jaringan yang memudahkan akses tanpa perlu ke pusat bandar utama sahaja.

Iklan

Pengasasnya, Shahirra Shahrul Asmawi menyifatkan pembukaan serentak ini sebagai fasa penting dalam perjalanan jenama tersebut.

Menurutnya, Arora bukan sekadar mahu menjual produk, tetapi membina satu ekosistem penjagaan kulit yang lebih menyeluruh.

Iklan

“Kita mahu pelanggan bukan hanya datang membeli, tetapi memahami keadaan kulit mereka sendiri. Di spa, mereka boleh mencuba tekstur produk, melakukan analisis kulit dan mendapatkan rawatan yang benar-benar sesuai,” jelasnya ketika ditemui SinarPlus pada majlis pelancaran.

Sebelum ini, Arora sudah dikenali menerusi rangkaian produk penjagaan kulit seperti ampoule, pencuci wajah dan pelindung kulit yang dirumus khas bagi menangani pelbagai isu daripada kulit kusam, berjerawat hinggalah sensitif. Menariknya, semua produk diformulasi menggunakan bahan semula jadi yang telah melalui proses penyelidikan dan ujian makmal (R&D) bagi memastikan keberkesanan serta keselamatan.

Namun melalui penubuhan spa, Arora melangkah setapak lagi ke hadapan. Kini pelanggan boleh menikmati analisis kulit menggunakan teknologi face analyzer machine, diikuti rawatan yang disesuaikan mengikut jenis dan kondisi kulit masing-masing. Pendekatan ini menjadikan rawatan lebih tepat, bukan sekadar mengikut trend atau saranan umum.

Apa yang membezakan Arora daripada spa konvensional adalah konsep fleksibiliti tanpa paksaan pakej mahal. Pelanggan diberi kebebasan memilih servis mengikut keperluan dan bajet sendiri.

Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal, Izara Aishah dan pempengaruh perubatan, Dr Muhamad Hazwan Nazri.

Dr Muhamad Hazwan Nazri atau lebih dikenali Dr1 Share memuji teknologi rawatan di spa berkenaan yang setanding dengan standard luar negara.

Lebih menarik, visi Arora tidak terhenti di sini. Jenama tersebut merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa termasuk Singapura, Brunei, Indonesia dan Nigeria.

Perancangan tersebut membuktikan keyakinan mereka terhadap kualiti produk dan perkhidmatan tempatan untuk bersaing di peringkat global.

Dalam konteks industri kecantikan Malaysia yang semakin kompetitif, langkah ini menunjukkan jenama tempatan bukan lagi sekadar pemain kecil. Dengan strategi tepat dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna, mereka mampu berdiri sebaris dengan jenama antarabangsa.

Bagi meraikan pembukaan lima cawangan tersebut, Arora menawarkan baucar eksklusif bernilai RM175 kepada 100 pelanggan terawal sehingga 28 Februari ini. Inisiatif berkenaan memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman rawatan premium pada harga lebih istimewa.

Lebih daripada sekadar rawatan wajah, Arora membawa naratif baharu tentang penjagaan diri. Ia bukan lagi tentang mengejar kulit sempurna semata-mata, tetapi memahami keperluan sebenar kulit dan merawatnya dengan ilmu serta teknologi yang betul.