'Menikmati sisa cerita sebelum jadi kenangan.' Perkongsian Elyana undang sokongan warganet

Iklan

HANTARAN media sosial penyanyi dan pelakon Elyana menjadi perhatian ramai selepas menitipkan memuat naik hantaran yang meruntun hati.

Dia yang kini sedang menerima rawatan kemoterapi susulan kanser limfoma mengakui lebih menghargai kehidupan dan setiap waktu yang ada.

Iklan
Iklan

Turut memuat naik foto dirinya sedang dirawat, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu terus berjuang serta berharap untuk terus menjalani hari-hari yang bermakna.

"Sebenarnya aku sudah faham arah akhirnya ke mana, tapi aku masih ingin tinggal sedikit

Iklan

lebih lama.

"Menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar jadi kenangan," titipnya.

Iklan

Perkongsian Elyana menerusi Insta Story miliknya

Penyanyi berusia 39 tahun itu berkongsi rawatan kemoterapinya di pusat jagaan harian di sebuah hospital.

"Semoga menjadi semangat untuk mereka yang memerlukan. Saya tidak akan mampu tolong semua orang, maafkan saya," kongsinya.

Mengambil ubat tahan muntah berharga RM450 dan titisan ubat kemoterapi, Elyana mendedahkan terpaksa meninggalkan puasa.

Kekuatan penyanyi Diriku Tapak Sulaiman dan Kalis Rindu itu menyentuh hati rakan selebriti dan warganet yang turut menitipkan kata-kata semangat serta doa kesembuhan.

Elyana aktif menjual Samperit Klasik

"Jangan pernah putus asa dengan Rahmat ALLAH dik, semoga mendapat kesembuhan dengan segera, Aamiin Yaa Rabb," tulis produser dan pelakon, Datuk Ziela Jalil.

"ALLAH sayang you selalu dear.  Selalu ada. You wanita baik," kongsi penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh.

"Selamat menuju kesembuhan. Tiada yg mustahil insya-ALLAH," coret Ella.

"Insya-ALLAH miracle will come," titip Linda Rafar.

Disember lalu, Elyana berkongsi detik sebak mencukur rambut dengan bantuan anak-anaknya.

Terdahulu, dia berkongsi bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya selama lebih 11 tahun.

Sebelum itu, Elyana yang mendedahkan dirinya sebagai penghidap kanser limfoma tahap empat ketika menyertai program Gegar Vaganza pada 2017 pernah mengakui masih menjalani rawatan kemoterapi atas saranan doktor biarpun sudah bebas kanser.

Sekadar info, Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 15. Pasangan itu juga mempunya  seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 6.