'Kenapa nak kena ejek, dosa ke jadi anak...'– Elyana luah rasa kecewa, anak angkat dihina dengan panggilan berbaur rasis

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI  Elyana meluahkan rasa kecewa apabila anak angkatnya, Cahaya Ramadhani, menjadi mangsa ejekan berbaur rasis di media sosial.

Pelantun lagu  Tak Tercapai Akalmu menegaskan, dia membesarkan anaknya tanpa meminta belas kasihan dan mengecam sikap segelintir individu yang menghina si kecil tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Tekanan terhadap Cahaya sudah berlaku sejak kecil, dan sebagai ibu, Elyana kini tidak mampu berdiam diri lagi terhadap kecaman yang semakin melampau.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama penuh, Erneelya Elyana Emrizal memuat naik luahan hati.

“Ini kali terakhir saya nak cakap. Bab anak, saya tak main-main.

“Dengar sini, saya besarkan anak tak pernah minta ehsan atau belas kasihan daripada sesiapa pun selama ini. 

"Jadi, kenapa perlu biadab sangat?” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Kecaman sejak kecil

Elyana turut mempersoalkan sikap segelintir individu yang sanggup mengejek anak kecil tanpa memikirkan perasaan dan kesan jangka panjang.

“Adakah anak saya menyusahkan hidup kamu? Kenapa perlu ejek dengan panggilan ‘anak k*ling’? Dosa ke jadi anak k*ling?

“Kamu rasa hebat sangat jadi anak Melayu?” luahnya.

Menurut Elyana, tekanan dan kecaman terhadap anak angkatnya itu bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlaku sejak anaknya masih kecil.

No Image Caption

“Dari budak ini kecil sampai sekarang umur tujuh tahun, saya besarkan dia. Tak habis-habis tekanan yang kamu bagi.

“Kamu ingat anak angkat, anak k*ling tak ada hati dan perasaan?” katanya.

Elyana turut mengakui sudah lama memendam perasaan, namun tidak lagi mampu berdiam diri apabila isu tersebut semakin melampau.

“Saya banyak pendam selama ini, tapi makin menjadi-jadi perangai ‘setan-setan’ ini,” tulisnya lagi.

Untuk rekod Elyana mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 13 tahun.

Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mengambil seorang lagi anak angkat istimewa yang diberi nama Tulus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang