Yusuf Bahrin, Zizi Kirana hadir ke mahkamah. 'Doakan baik-baik untuk kedua-dua belah pihak'

Iklan

PASANGAN selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana hadir ke Mahkamah Syariah Rendah Syariah Petaling pagi ini.

Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, memakai sut hitam disapa media meminta doa agar segalanya berlangsung dengan baik.

Iklan
Iklan

"Saya ok, selamat hari raya. doakan baik-baik," kongsinya.

Sementara itu, Zizi pula yang hadir selepas itu ditemani pelakon Umie Aida meminta agar urusan kedua belah pihak berjalan lancar.

Iklan

"Tiada apa yang nak dikongsi.

"Insya-ALLAH. Doakan yang baik-baik, moga semua dipermudahkan. Kedua belah pihak, insya-ALLAH," ujar Zizi.

Iklan

Ditanya mengenai prosedur yang dilalui hari ini, Zizi mengatakan dia juga tidak mengetahuinya dan baharu pertama kali ke mahkamah.

"Saya pun tak tahu lagi," ujarnya.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah binti Mad Tahil, 41, berkahwin pada September 2021 selepas sebulan bertunang.

Kedua-duanya berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Pada sambtan hari raya Aidilfitri lalu, kedua-duanya menyambut secara berasingan. Yusuf terdahulu berkongsi 1 Syawalnya di Melaka tanpa kelibat Zizi sementara Zizi pula memuat naik gambarnya beraya di Sabah dengan keterangan gambar Team Raya Sabah.