Nenek PU Rahmat meninggal dunia pada usia 92 tahun. 'Saya doakan keredaan umurnya...'

Iklan

PENDAKWAH dan aktivis PU Rahmat berkongsi berita duka kepulangan neneknya, Nur Hasanah  ke rahmatullah.

PU Rahmat atau nama penuhnya  Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, berkongsi momen-momen kenangan bersama nendanya termasuk apabila diminta menitipkan doa agar dimatikan segera bimbang menyusahkan kerana lanjut usia.

Iklan
Iklan

Namun sebagai seorang agamawan, permintaan itu tidak ditunaikan, sebaliknya sebaliknya digantikan dengan doa agar dipanjangkan usia dalam keberkatan dan diberikan husnul khatimah.

"Setiap kali saya nak keluar rumah , saya akan salam nenek dan tiap kali itulah nenek saya minta satu doa yang berat."Cuuuu , doakan nenek mati segera .. lama sangat dah usia .."

Iklan

"Saya selalu akan membalas dengan gurauan seperti"Panjanglah umur nek, nak tengok piut miut","Nenek baru 92, bagi capai 100 tahun","Nek tak leh meninggal lagi, kan saya belum kahwin" dan" Nek kalau nak cepat meninggal ... jom saya bawa ke G4z4.

"Kadang nenek gelak , kadang tak layan ... begitulah bukannya nenda saya tidak mahu hidup, tapi terkadang dalam hidup kita merasakan bahawa kehidupan kita menyusahkan orang lain," coretnya.

Iklan

PU Rahmat

Dalam pada itu, dia juga menitipkan syukur dan terima kasih kerana daripada neneknya lahir generasi keluarga yang berbakti dan memberi manfaat kepada orang lain.

"Daripada rahim nenek lahir anak seorang guru yang mengajar anak bangsa, peniaga yang bayar zakat dan suri rumah tangga yang menjaga keluarga.

"Ya ALLAH, ampunilah Almarhumah Nur Hasanah dan kasihilah dirinya. Jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman syurga. Allahuma amin. Al Fatihah," kongsinya.

Dalam pada itu, dia meminta agar orang ramai menyedekahkan doa dan kepada Allahyarham dan berterima kasih kepada mereka yang membantu.

"Terima kasih jiran yang membantu keluarga semasa saya di sempadan Rafah.

"Ya ALLAH ampunilah Nur Hasanah," titipnya.

Sekadar info, PU Rahmat kini dalam misi 30 Kontena Malaysia ke G4z4.

Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), membabitkan sebanyak 374 tan bantuan kemanusiaan bagi membela nasib warga Palestin di G4z4.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengetuai Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), membabitkan sebanyak 374 tan bantuan kemanusiaan bagi membela nasib warga Palestin di G4z4.