‘Terima kasih 12 tahun bertahan…’ Fizz Fairuz titip ucapan buat Almy Nadia sempena anniversary & birthday, luah hasrat bawa tunai haji

Iklan

MANISNYA ucapan istimewa pelakon, Datuk Fizz Fairuz buat isteri tersayang, Datin Almy Nadia.

Hantaran yang dikongsikan di Threads miliknya itu bersempena ulang tahun kelahiran Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah serta perkahwinan mereka yang ke-12.

Iklan
Iklan

"Happy anniversary dan selamat ulang tahun sayang ku.. almynadiaofficial_.

"Terima kasih 12 tahun bertahan dengan perangai papa, jaga anak-anak dan besarkan mereka, jadi ibu yang terbaik untuk keluarga kita," ungkap pemilik nama penuh, Fairuz Zainal Abidin itu.

Iklan

Pada masa sama, Fizz sempat berkongsi hasratnya untuk membawa isteri kesayangannya itu menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Iklan

"Walaupun selalu paw papa haahaha.. but nice famili.

"Semoga berkekalan hingga ke jannah ye sayang. hadiah papa nak bawa mama pergi buat haji tau, love u sayang," titip aktor berusia 46 tahun itu lagi.

Perkongsian tersebut meraih perhatian wargamaya terutama peminat mereka.

Rata-rata menitipkan ucapan buat Almy dan mendoakan pasangan tersebut:

"Minat betul Almy Nadia dulu sebab comel & pandai berlakon. Sekarang tetap comel walaupun bertambah comel. Semoga bahagia & dilindungi ALLAH SWT selalu."

"Hepi to see this lovely bird. Love look how Kak Almy put Fizz Fairuz infront untuk mencari rezeki dan dia menjaga anak-anak."

"Alhamdulillah congratulations both of you. Semoga always dalam barakah. Aamiin! Datuk fiz ni tau tak yang wife dia hot dalam dunia baru. Watak gedik-gedik but cute!"

"Pasangan celebrity yg takde kontroversi..bahagia je. Semoga ALLAH jaga hubungan mereka..erti bahagia sebenar dari kurus hingga bulat."

"Happy anniversary dan happy birthday to Almy..awet mudanye.. tak nampak garisan ketuaan lansung..makin berumur makin muda."

"Sweet Datuk dengan Datin. Semoga berbahagia selamanya ye. Kami doakan hingga ke jannah."