LISTERINE perkenal kempen ‘pencuci mulut’, ajak rakyat Malaysia tukar tabiat lama selepas berus gigi

Iklan

DALAM budaya masyarakat Malaysia, makanan bukan sekadar mengisi perut. Ia hadir bersama pengalaman, memori dan kepuasan yang lengkap dari awal hingga pencuci mulut. Sama ada menikmati cendol selepas makan tengah hari atau menikmati durian bersama keluarga pada hujung minggu, sentuhan terakhir itu sering menjadi pelengkap yang membuatkan pengalaman lebih sempurna. Menariknya, konsep sama kini dibawa ke dalam rutin penjagaan oral harian menerusi kempen terbaharu LISTERINE® bersama Watsons Malaysia.

Jenama penjagaan oral terkenal itu memperkenalkan Kempen “Pencuci Mulut”, satu pendekatan santai tetapi dekat dengan budaya tempatan untuk mengingatkan masyarakat bahawa rutin penjagaan gigi sebenarnya tidak berakhir setakat memberus gigi sahaja.

Iklan
Iklan

Ramai dalam kalangan kita sudah terbiasa dengan rutin asas seperti memberus gigi dua kali sehari. Namun tanpa disedari, masih terdapat bahagian mulut yang tidak dibersihkan sepenuhnya. Lidah, gusi dan bahagian dalam pipi antara kawasan yang mudah menjadi tempat bakteria berkumpul jika rutin tidak dilengkapkan dengan langkah tambahan seperti flos dan berkumur.

Iklan

Menurut pakar pergigian, Dr. Kayla, memberus gigi hanyalah langkah pertama dalam memastikan kebersihan oral yang menyeluruh. Katanya, ramai membesar dengan tanggapan bahawa memberus gigi sahaja sudah mencukupi sedangkan secara klinikal, penjagaan oral memerlukan rutin yang lebih lengkap.

“Dengan LISTERINE®, ia bukan sekadar membantu menyegarkan nafas tetapi turut membantu mengurangkan plak sehingga lima kali lebih berkesan berbanding memberus gigi sahaja,” katanya ketika pelancaran kempen berkenaan.

Iklan

Sementara itu, Pengurus Besar Malaysia dan Singapura Kenvue, Ulrike Zillner berkata, masyarakat Malaysia sebenarnya sangat menitikberatkan soal penjagaan diri dan makanan, namun masih ramai menerima rutin penjagaan oral yang tidak lengkap sejak sekian lama.

Jelasnya, kempen itu bukan bertujuan menambah beban rutin harian pengguna, sebaliknya mengingatkan semula tentang kepentingan langkah terakhir yang sering diabaikan.

Konsep 'pencuci mulut'

Apa yang menarik, dalam kempen tersebut, LISTERINE® memilih konsep yang lebih dekat dengan rakyat Malaysia apabila menganjurkan acara pelancaran bertemakan durian di Petaling Jaya.

Tetamu yang hadir bukan sahaja menikmati hidangan ikonik tempatan, malah turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk cabaran berkumur dan pemeriksaan plak. Pengalaman tersebut memberi gambaran lebih jelas bahawa rasa segar semata-mata tidak bermaksud mulut benar-benar bersih.

Malah, konsep “Pencuci Mulut” itu terasa cukup relevan kerana ia menghubungkan sesuatu yang sudah sinonim dalam kehidupan masyarakat dengan rutin penjagaan diri harian. Mudah difahami, santai dan tidak terlalu bersifat klinikal.

Sebagai lanjutan kempen, Trak Jelajah “Pencuci Mulut” LISTERINE® turut akan bergerak ke beberapa lokasi tumpuan termasuk universiti dan kawasan pejabat bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna memahami keadaan kebersihan oral mereka dengan lebih dekat.

Melalui pengalaman interaktif yang disediakan, pengguna boleh melihat sendiri sisa plak yang masih tertinggal selepas memberus gigi selain mempelajari urutan penjagaan oral yang betul sebelum mengakhiri rutin dengan berkumur menggunakan LISTERINE®.

Dalam masa sama, kempen itu turut diperluaskan ke cawangan Watsons seluruh negara menerusi zon penemuan khas serta sesi pensampelan produk. Pendekatan sebegini bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna mencuba sendiri pengalaman berkumur, tetapi secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan rutin penjagaan oral yang lengkap.

Bukan itu sahaja, pengguna yang membeli produk LISTERINE® bernilai RM30 dan ke atas di Watsons juga berpeluang menyertai peraduan pembeli dengan hadiah menarik termasuk pengalaman percutian bertemakan durian.