SUAMI Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil bin Misuari kembali ke rahmatullah pada petang Khamis.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Pejabat Menteri KPWKM, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak esok.
"Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi Datuk Seri Nancy di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya, Kuching bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
"Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.
"Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam kenyataan.
Sekadar info, Nancy yang juga Ahli Parlimen P193 Santubong berkahwin dengan Kamil pada 29 September 1985.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Faeroz Kamil, Farouk Kamil dan Bibi Freka Kamil.