'Scha sampai sekarang tak faham…' – Awal Ashaari dedah cara unik lepas rindu anak, bau baju jadi pengubat emosi

Iklan

MOMEN bersama keluarga sering kali menjadi sesuatu yang sangat berharga, apatah lagi bagi mereka yang terpaksa berjauhan kerana tuntutan kerja.

Bagi pengacara popular Awal Ashaari, setiap perpisahan sementara dengan anak-anak bukan sekadar soal jarak, tetapi satu ruang emosi yang perlu diurus dengan cara tersendiri.

Iklan
Iklan

Menerusi satu perkongsian bersama portal Pa & Ma, pemilik nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari membuka sisi peribadi yang jarang dikongsikan apabila dia menceritakan bagaimana dirinya ‘melepaskan rindu’ ketika berada jauh daripada dua puteri kesayangannya.

Menariknya, dia mempunyai satu rutin yang dianggap unik, namun sangat dekat di hatinya.

Iklan

Menurut Awal, sebelum meninggalkan rumah untuk tugasan di luar negara, dia akan mengambil pakaian anak-anaknya sebagai peneman rasa rindu.

Baju tersebut bukan sekadar dibawa, malah disimpan dengan cara tertentu supaya ‘bau’ si kecil itu kekal lama.

Iklan

“Saya tahu orang mungkin rasa pelik, termasuk isteri saya sendiri, tapi itu cara saya,” katanya.

Dia menambah, pakaian yang dipakai anak-anak sebelum dia berangkat akan dilipat dan disimpan rapi dalam beg kecil agar bau itu tidak hilang.

Apabila rindu mula terasa terutama pada waktu malam ketika berada jauh, dia akan membuka simpanan itu dan menghidunya sebagai pengubat rasa.

"Selepas bau, saya zip balik dan simpan. Kemudian saya akan rasa okay.,” kongsinya lagi.

Bagi suami kepada pelakon dan pengacara terkenal Scha Alyahya itu, aroma kecil daripada pakaian anak-anak memberi ketenangan yang sukar digambarkan.

Katanya, ia lebih memberi kesan berbanding sekadar panggilan telefon yang kadang-kadang hanya menambah rasa sebak.

“Bagi saya bau itu lebih penting daripada bercakap di telefon yang boleh buat kita lagi rindu,” luahnya jujur sambil menyifatkan rutin tersebut sebagai terapi peribadi ketika berjauhan.

Walaupun kelihatan sederhana, cara itu ternyata membantu dirinya kekal tenang dan fokus ketika bekerja di luar kawasan.

Selepas rasa rindu itu reda, pakaian tersebut akan disimpan kembali seperti biasa.

Untuk rekod, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lyla Amina, yang menjadi pelengkap bahagia keluarga kecil mereka.