Selepas 3 tahun, BOKITTA kembali ke Alamanda Putrajaya, tampil dengan butik baharu lebih moden

Iklan

BOKITTA, jenama tudung dan fesyen Muslimah yang cukup dikenali dalam kalangan wanita moden, kini kembali mencuri perhatian apabila secara rasmi membuka semula butik terbaharunya di Alamanda Putrajaya. Kepulangan ke lokasi popular itu selepas tiga tahun bukan sekadar nostalgia, malah hadir dengan wajah baharu yang lebih segar, luas dan penuh pengalaman gaya hidup moden.

Lebih menarik, butik ini merupakan butik konsep pertama BOKITTA yang direka khusus untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif, selesa dan ‘customer-friendly’. Ruang yang lebih besar memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati suasana santai sambil memilih koleksi kegemaran tanpa rasa sesak atau terburu-buru.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan BOKITTA, Datin Ayu Roslan, pembukaan semula di Alamanda Putrajaya ini lahir daripada permintaan berterusan pelanggan sejak kerjasama pertama pada tahun 2019.

Iklan

“Kami kembali ke Alamanda dengan lot yang lebih besar untuk memberi keselesaan dan ruang yang lebih luas kepada pelanggan serta pencinta tudung Bokitta,” katanya.

Jelasnya lagi, lokasi tersebut dipilih kerana sambutan yang konsisten daripada pelanggan sekitar Putrajaya yang sentiasa menantikan kehadiran semula jenama itu di pusat beli-belah berkenaan.

Iklan

Dari Tudung ke Gaya Hidup Muslimah

Lebih daripada sekadar jenama tudung, BOKITTA kini dilihat berkembang sebagai label gaya hidup Muslimah moden. Selain hijab, jenama ini turut menawarkan koleksi pakaian, pakaian sukan, telekung serta pelbagai aksesori yang menyokong keperluan harian wanita aktif masa kini.

Tudung instant yang menjadi identiti BOKITTA turut diberi nafas baharu dengan pilihan gaya yang lebih versatil — sesuai untuk pelbagai situasi, sama ada ketika melancong, bersukan mahupun menghadiri majlis istimewa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi A&A Empire Sdn Bhd, Aniza Shahadan, turut memperkenalkan tiga koleksi utama terbaharu yang menjadi tarikan di butik ini.

“Pertama, koleksi Bokitta Monogram yang membawa elemen kemewahan dan identiti eksklusif dengan cetakan logo ikonik yang lebih sofistikated. Kedua, warna-warna terbaharu bagi koleksi Plain Chiffon untuk gaya harian yang lebih segar. Dan ketiga, material revolusi Ribbed Jersey daripada Natural Fibre – Lenzing yang sangat stretchable, sejuk, menyerap peluh dan tidak perlu digosok,” jelasnya.

Dari segi rekaan dalaman, butik BOKITTA di Alamanda tampil dengan konsep ‘Modern Minimalist with Organic Mediterranean’ yang menggabungkan elemen lembut, moden dan menenangkan. Hasilnya, ruang butik terasa lebih premium, eksklusif dan sesuai untuk pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi.

Pencahayaan yang lembut, susun atur yang luas serta ruang rehat yang selesa menjadikan butik ini bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi satu destinasi gaya hidup.

“Kami mahu pelanggan merasai pengalaman yang lebih peribadi. Ini adalah butik pertama dengan konsep sebegini dan akan menjadi rujukan untuk pembukaan butik seterusnya termasuk di Suria KLCC, IOI City Mall dan IOI Damansara,” jelas pihak pengurusan.

Dengan visi untuk menjadi pilihan utama wanita moden, BOKITTA terus memperkukuh jenamanya sebagai simbol fesyen Muslimah yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga praktikal dan berkualiti tinggi.