Nabila Razali, Dr Fie Tawfek & 3 lagi wanita diraikan di Radiant Women 2026, simbol kekuatan wanita masa kini

Iklan

DALAM dunia yang sering mengaitkan kecantikan dengan penampilan fizikal, hakikatnya sinar seorang wanita jauh lebih besar daripada apa yang terlihat di mata.

Atas semangat itu, Soora Miguhara menerusi penganjuran Radiant Women 2026 memilih untuk meraikan wanita yang bukan sahaja berjaya dalam bidang masing-masing, malah memiliki perjalanan hidup yang penuh inspirasi.

Iklan
Iklan

Berlangsung dalam suasana eksklusif di Aurum Theatre, The Gardens Mall, majlis berkenaan menjadi platform menghargai wanita yang membuktikan kecantikan sebenar lahir daripada keyakinan diri, ketabahan serta keupayaan bangkit menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Bertemakan Radiant Women 2026, acara itu mengiktiraf lima figura wanita yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidang profesional, seni, keusahawanan, kandungan digital dan kesihatan. Mereka ialah Dr Fie Tawfek, Mek Dinda, Ika Nabila, Mimi Haris dan Nabila Razali.

Iklan

Pemilihan mereka bukan sekadar berdasarkan populariti, sebaliknya mengambil kira nilai yang dibawa dalam kehidupan serta kerjaya masing-masing.

Iklan

Kesemua penerima dilihat berjaya membina nama melalui usaha gigih, disiplin dan keberanian selain memberi impak positif kepada masyarakat.

Dr Fie Tawfek misalnya dikenali menerusi sumbangan dalam bidang kesihatan dan keusahawanan, manakala Mek Dinda pula membuktikan keberanian membina jenama peribadi dalam dunia kandungan digital berkaitan kecantikan.

Bagi pelakon Ika Nabila, pengiktirafan itu hadir hasil konsistensinya dalam dunia lakonan di samping aktif berkongsi pengalaman berkaitan keibubapaan. Perjalanannya membuktikan bahawa seorang ibu masih mampu meneruskan kerjaya serta kekal relevan dalam industri.

Mimi Haris pula terus menyerlah sebagai figura versatil menerusi bidang nyanyian dan pengacaraan, sambil mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu dan wanita bekerjaya.

Turut menerima penghormatan ialah penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang dilihat konsisten membina kerjaya seni dengan penuh disiplin. Keupayaannya menyesuaikan tanggungjawab sebagai ibu dan anak seni menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda bahawa keluarga serta kerjaya mampu bergerak seiring dengan perancangan yang baik.

Kisah wanita

Apa yang menarik, kesemua wanita ini hadir dengan latar belakang berbeza, namun berkongsi satu persamaan iaitu tidak pernah berhenti berkembang walaupun berdepan pelbagai cabaran kehidupan.

Penganjuran seperti ini secara tidak langsung memberi ruang untuk mengangkat kisah wanita yang selama ini menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat. Ia juga memperlihatkan bahawa kejayaan tidak hanya diukur melalui pencapaian kerjaya, sebaliknya turut melibatkan nilai kepimpinan, ketabahan, empati dan kemampuan memberi inspirasi kepada orang lain.

Pada majlis sama, Soora Miguhara turut memperkenalkan inovasi terbaharu dalam rangkaian penjagaan kulit mereka sebagai sebahagian daripada acara.

Namun, fokus utama penganjuran tetap tertumpu kepada usaha menghargai wanita yang terus melangkah dengan penuh keyakinan, membina kehidupan lebih baik dan menjadi contoh kepada generasi seterusnya.

Hakikatnya, setiap wanita memiliki definisi kecantikan yang berbeza. Ada yang bersinar melalui kejayaan kerjaya, ada yang menyerlah menerusi pengorbanan sebagai ibu, dan tidak kurang juga yang menjadi inspirasi melalui keberanian bangkit selepas melalui pelbagai ujian hidup.

Barangkali itulah makna sebenar seorang wanita yang benar-benar radiant, bukan kerana kesempurnaan, tetapi kerana sinar kekuatan yang terpancar daripada perjalanan hidupnya.