Amyra Rosli kongsi berita gembira, kini hamil anak ketiga

Iklan

PELAKON dan pengacara Amyra berkongsi khabar gembira kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi satu hantaran di Instagram, aktres berusia 32 tahun itu memuat naik video sempena sambutan hari lahir suaminya, Amar Baharin yang ke-41.

Iklan
Iklan

Menerusi memberi kejutan kepada suaminya, aktor Amar Baharin dengan kit ujian kehamilan.

Menerusi video berdurasi pendek, pemilik nama Nur Amira Izzati Rosli memberi kejutan kepada Amar Baharin dengan satu gimik kreatif.

Iklan

Sebaik sahaja Amar menuruti arahan tersebut, Amyra membuka tapak tangannya lalu menghulurkan kit ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif dengan dua garis jelas.

Iklan

Reaksi wajah Amar serta-merta. Terkejut dan teruja, Amar mengukir senyuman lebar tanda kesyukuran selepas menyedari bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

Warganet mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan khabar gembira itu dan mendoakan kehamilan Amyra berjalan lancar.

Imbas kembali, bekas hos Nona itu pernah mengalami chemical pregnancy dan keguguran pada Disember 2024

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 9, dan Aura Aryssa, 6.