ADA waktunya seorang wanita terlalu sibuk memastikan semua orang di sekelilingnya baik-baik sahaja, sehingga terlupa bertanya kepada diri sendiri,"Aku pula bagaimana?"
Daripada mengurus keluarga, mengejar impian kerjaya, menjadi tempat bergantung insan tersayang hinggalah memenuhi pelbagai tanggungjawab harian, wanita sering meletakkan keperluan diri di tempat terakhir.
Sedangkan tubuh dan emosi juga memerlukan perhatian agar terus kuat melangkah menjalani kehidupan.
Menyedari perkara itu, Herbs of Gold bersama CARiNG Pharmacy memperkenalkan kempen kesejahteraan wanita 'She Deserves It', sebuah inisiatif yang membawa mesej penting bahawa menjaga diri bukan satu bentuk kemewahan, tetapi satu keperluan.
Kempen ini mengajak wanita melihat penjagaan diri dalam sudut yang lebih luas, bukan sekadar tentang penampilan luaran, tetapi turut melibatkan kesihatan fizikal, keseimbangan hormon, kesejahteraan emosi, pengurusan tekanan serta amalan pencegahan kesihatan untuk jangka panjang.
Menurut Pengurus Besar Kanan, Produk, Kawal Selia & Operasi, Vita Life Sciences (Malaysia & Singapura), Dr Koay Suat Ling, ramai wanita menghabiskan sebahagian besar kehidupan mereka dengan menjaga orang lain sehingga kesihatan diri sendiri sering terabai.
"Melalui ‘She Deserves It', kami berharap dapat memberi inspirasi kepada wanita untuk menjadikan kesihatan mereka sebagai keutamaan serta menyedari bahawa pelaburan dalam kesejahteraan diri merupakan salah satu bentuk penjagaan diri yang paling bermakna.
"Apabila wanita menjaga diri mereka, mereka akan lebih bersedia untuk berkembang maju dalam setiap aspek kehidupan,” katanya.
Berbekalkan pengalaman sejak 1989, Herbs of Gold terus memberi tumpuan terhadap penyelesaian kesihatan berasaskan sains menerusi formulasi nutrisi dan herba berkualiti tinggi.
Pemahaman terhadap keperluan wanita yang sentiasa berubah menjadi asas kepada usaha jenama itu dalam menyediakan maklumat kesihatan serta pilihan penjagaan diri yang lebih menyeluruh.
Daripada sokongan terhadap keseimbangan hormon, tenaga harian, kecergasan hinggalah kepada penuaan sihat, Herbs of Gold menggabungkan nutrisi berasaskan bukti dengan bahan terpilih seperti inositol, magnesium, kranberi dan NMN bagi membantu wanita membuat pilihan kesihatan yang lebih baik.
Sementara itu, Pengarah Unit Perniagaan Kesihatan & Pemulihan, BIG CARiNG Group, Puan Tay Li Yen berkata, kerjasama bersama Herbs of Gold mencerminkan komitmen CARiNG Pharmacy dalam memperkasakan wanita dengan akses kepada maklumat dan sokongan kesihatan yang dipercayai.
"Melalui kempen ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan wanita serta menggalakkan mereka mengambil langkah bermakna ke arah kesejahteraan yang lebih baik dengan sokongan profesional daripada ahli farmasi dan produk kesihatan berkualiti,” katanya.
Sebagai simbolik kepada mesej kempen, Herbs of Gold dan CARiNG Pharmacy turut menganjurkan acara"She Deserves It: Yoga in Nature” yang menghimpunkan lebih 100 wanita dalam suasana penuh ketenangan bersama alam semula jadi.
Aktiviti yoga berasaskan kesedaran, sesi perkongsian kesejahteraan serta perbincangan mengenai kesihatan wanita memberi peluang kepada peserta untuk berhenti seketika daripada kesibukan harian dan kembali memberi perhatian kepada diri sendiri.
Lebih daripada sekadar aktiviti santai, acara itu membawa peringatan bahawa menjaga diri bukan bermaksud mementingkan diri.
Sebaliknya, ia adalah langkah penting supaya wanita terus mempunyai tenaga, keyakinan dan keseimbangan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.