'Harap suami ada bersama...' – 7 tahun hadapi pertuduhan rasuah RM2.8 juta, Zizie Izette lega bebas, kini fokus lima anak

Iklan

BEKAS pelakon, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad meluahkan syukur apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada semua tiga pertuduhan bersubahat kes rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad, 11 tahun lepas. 

Bersyukur dengan keputusan berkenaan, Zizie, 47, menerusi ucapan kepada media mengakui gementar dan hanya membacakan teks yang disediakan lebih awal menamatkan episod perbicaraan yang berlarutan selama tujuh tahun.

Iklan
Iklan

"Saya seorang yang sangat gugup. Jadi saya dah awal-awal dah tulis, so saya akan bacakanlah ya untuk semua.

"Alhamdulillah, saya amat berterima kasih dan bersyukur atas keputusan mahkamah hari ini. Saya menghormati keputusan yang arif dan berterima kasih kepada mahkamah," kongsinya.

Iklan

Dalam masa yang sama, ibu kepada lima cahaya mata berkenaan mengakui membayangkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berada di sebelahnya ketika hakim membacakan keputusan.

Iklan

Terdahulu, Hakim Rosli Ahmad melepaskan dan membebaskan Zizie daripada tiga pertuduhan bersubahat dengan arwah suaminya selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Selepas meneliti keseluruhan keterangan mahkamah ini memutuskan tertuduh berjaya membuktikan keraguan dalam kes ini dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

"Oleh demikian, mahkamah ini memutuskan bahawa tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan," katanya.

Zizie kelihatan menangis teresak-esak sebelum menekup wajahnya dan ditenangkan keluarga selepas mendengar keputusan tersebut.

Pelakon drama komedi Cili Padi itu juga meluahkan rasa syukur keputusan perbicaraan sejak 2019 diumumkan.

"Alhamdulillah, saya amat berterima kasih dan bersyukur atas keputusan mahkamah hari ini. 

"Saya menghormati keputusan Yang Arif serta berterima kasih kepada mahkamah, pasukan peguam, keluarga dan semua yang mendoakan serta menyokong saya sepanjang proses ini," ujarnya.

Kakak kepada pelakon Samheizy Sam itu juga menjelaskan bahawa sepanjang tujuh tahun kes itu berlarutan di mahkamah, dia lebih selesa menyimpan sendiri segala kesedihan tanpa berkongsi bebanan hidupnya dengan masyarakat umum.

Beliau menamba hanya mahu meneruskan kehidupan dan fokus membesarkan keluarga selepas kes tersebut berakhir.

"Saya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Saya ada lima orang anak yang perlu saya pikul dan saya kini seorang ibu tunggal.

"Izinkan saya menjalani kehidupan saya seperti biasa," kata beliau.

Sekadar info, Zizie dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata termasuk sepasang kembar.

Mereka juga mempunyai dua orang anak angkat.

Sumber: Bernama Instagram, Sinar Harian