'Rindu yang tidak akan pernah hilang...' Zizie Izette padam semua hantaran di Instagram, kuat demi anak-anak
PELAKON terkenal, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad bertindak memadamkan semua hantaran di Instagram.
Pelakon berusia 47 tahun itu dilihat berbuat demikian pada Isnin iaitu beberapa hari selepas pemergian suaminya yang tercinta, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat.
Menerusi Insta Story, Zizie mendedahkan dia masih dalam fasa bersedih susulan pemergian bapa kepada tiga cahaya matanya.
"Pada saat ini, saya masih dalam tempoh duka cita dan sedih. Saya benarkan diri saya menangis, merinduinya, merasai apa sahaja yang saya rasa kerana tahu ini satu perjalanan yang perlu saya lalui dan rasa rindu itu tidak akan pernah hilang.
"Ia memang berat, tetapi saya tahu saya perlu tetap kuat demi anak-anak.
"Dari lubuk hati saya yang paling dalam, terima kasih sekali lagi. Jika anda bersama saya, mohon sedekahkan al-Fatihah untuknya," tulisnya.

Berkongsi foto hitam putih mereka sekeluarga bersama arwah suaminya, pelakon drama komedi Cili Padi itu menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak.
"Terima kasih kepada semua atas ucapan takziah, doa dan kata-kata semangat.
"Saya telah membaca setiap komen walaupun saya tidak sempat membalas semuanya. Saya benar-benar menghargainya," kongsinya.
Bung menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi Jumaat selepas mengalami komplikasi yang melibatkan paru-paru, jantung dan buah pinggang.
Zizie dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata termasuk sepasang kembar.
Mereka juga mempunyai dua orang anak angkat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
