SETIAP pasangan pasti mempunyai cerita tersendiri apabila menerima khabar tentang kehadiran cahaya mata.
Bagi Niena Azman dan suami, Rosy Kristal, berita istimewa itu hadir sebagai satu lagi anugerah yang melengkapkan kebahagiaan keluarga mereka.
Menerusi perkongsian di media sosial, Niena mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak keempat dengan cara yang cukup kreatif dan mencuit hati.
Menggunakan metafora bola sepak, pempengaruh itu menyifatkan kehadiran bayi yang bakal lahir sebagai “pemain baharu” dalam pasukan kecil mereka.
"Transfer window is officially OPEN!Unexpected signing… but approved by Allah.Baby D joining the squad soon.. Alhamdulillah, our starting lineup is getting bigger," tulisnya.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian apabila Niena menceritakan gelagat dua anaknya yang masih cuba meneka perubahan pada dirinya.
Menurutnya, anak-anak mereka mula menyedari perut mommy semakin membesar dan sering bertanya mengenai perkara itu.
"Abang, Adik still curious why perut mommy besar. Ada baby ke? Tapi Niena still keeping them guessing.. #BabyD," katanya.
Selain berkongsi berita gembira itu, Niena turut menitipkan doa penuh harapan agar perjalanan kehamilan kali ini dipermudahkan serta kandungannya sentiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT.
"Permudahkan setiap langkah hingga kami selamat bertemu. Amin," titipnya lagi.
Berita kehamilan itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-rata menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan agar Niena dan bayi yang bakal lahir diberikan kesihatan yang baik sehingga selamat bersalin.
"Tahniah coach. Semoga coach, keluarga dan baby D terus sihat dan diberkati oleh-NYA."
"Alhamdulillah tahniah, semoga dipermudahkan segala urusan."
"Aamiin for the doa. Tahniah Niena & Rody. Semoga dimudahkan semua urusan. take care."
"Wah, semoga baby girl pulak boleh abang-abang jaga adik nanti."
"Tahniah Niena dan Rody. Semoga kali ini dapat geng mamy."