Atasi 'burnout' dan tekanan, terapi 'brainwave' kini jadi pilihan 'healing' moden

Iklan
Gambar sekadar hiasan

KESIHATAN mental sebenarnya sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Namun, dalam diam ia menjadi krisis senyap apabila statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2023 menunjukkan satu daripada tiga rakyat di negara ini berdepan dengan masalah gangguan mental.

Kebanyakannya bermula daripada tekanan, lesu keupayaan atau burnout, dan keletihan mental. Siapa sangka, selain juruterapi, healing juga boleh dilakukan dengan muzik.

Iklan
Iklan

SinarPlus baru-baru ini mencuba teknologi baharu bilik dan kotak healing berinspirasikan Jepun pertama di Malaysia menggunakan muzik gelombang otak, teknologi reka bentuk bunyi dan terapi aromaterapi OraHub Healing Room.

Gambar sekadar hiasan

Iklan

Diilhamkan oleh USEA Sdn Bhd, inovasi berkenaan menggabungkan muzik gelombang otak, teknologi reka bentuk bunyi dan pengalaman aroma terapeutik untuk mewujudkan persekitaran menyeluruh yang menyokong relaksasi, kesejahteraan emosi, fokus serta produktiviti.

Berbeza dengan pendekatan tradisional yang memberi tumpuan kepada rawatan selepas tekanan menjadi keterlaluan, ia mampu pencegahan dengan menyediakan ruang khas untuk individu berehat seketika, reset minda dan mengecas semula tenaga sebelum tekanan harian menjejaskan kesejahteraan mental dan emosi mereka.

Iklan

Diperdengarkan dengan muzik gelombang otak yang disusun khas, pelanggan juga akan terdedah kepada bunyi berinspirasi dan aromaterapi. Semasa setiap sesi selama 30 hingga 40 minit berehat dalam persekitaran yang tenang dan pencahayaan malap, setiap individu berpeluang menikmati perjalanan bunyi menyeluruh yang menggabungkan penceritaan suara terpandu, muzik yang direka khas dan bunyi alam semula jadi yang dilapisi frekuensi gelombang otak terkurasi.

Pengalaman pelbagai deria yang unik ini direka untuk merangsang aktiviti gelombang otak semula jadi secara lembut, membantu pelanggan berehat, menetapkan semula minda dan mengecas semula tenaga di samping mempromosikan relaksasi, keseimbangan emosi, kejelasan mental, dan kesejahteraan keseluruhan dalam persekitaran yang selamat serta menyokong.

Gambar sekadar hiasan

OraHub Healing Box yang merupakan pod kesejahteraan peribadi kompak mampu memberikan kesan positif hanya dengan 10 hingga 15 minit penggunaan. Sesuai untuk pejabat, hospital, universiti, lapangan terbang, pusat membeli-belah, perpustakaan dan ruang awam sekali gus membolehkan individu berehat sebentar daripada rutin harian mereka dan kembali berasa lebih tenang, segar serta lebih fokus.

Pengalaman 'healing' mewujudkan persekitaran pelbagai deria yang menyokong relaksasi, tumpuan, keseimbangan emosi dan pemulihan mental.

Menyokong kesejahteraan tempat kerja dan komuniti OraHub direka untuk melengkapi inisiatif kesejahteraan sedia ada di tempat kerja, institusi kesihatan, organisasi pendidikan, dan ruang awam.

Namun ia tidak bermaksud untuk menggantikan khidmat kaunseling, terapi atau rawatan klinikal. Healing dengan muzik dan aroma ini boleh berfungsi sebagai intervensi awal kesejahteraan yang menggalakkan individu menguruskan tekanan harian dengan lebih baik di samping mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang lebih sihat.

Tentunya mewujudkan ruang tenang dan menyokong dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan pekerja, produktiviti yang lebih tinggi, ketahanan emosi serta budaya organisasi yang lebih sihat.

Gambar sekadar hiasan

Muzik yang khas ini juga direka untuk dimainkan sepanjang hari bekerja dengan playlist dikurasi dengan teliti di tempat kerja hinggalah tamat waktu bekerja.

Dengan menggabungkan frekuensi gelombang otak yang berbeza bersama muzik, bunyi alam semula jadi, dan reka bentuk bunyi, ia menyokong fokus, kreativiti, relaksasi, dan produktiviti pada masa yang bersesuaian sepanjang hari.

Pengarah Urusan USEA Sdn Bhd, Jerry Chen percaya, inovasi berkenaan mampu meningkatkan kehidupan masyarakat dengan membantu orang ramai berehat seketika, menetapkan semula minda, dan mengecas semula tenaga. Lebih mudah diakses, ia direka untuk melengkapi inisiatif kesejahteraan mental sedia ada, bukannya menggantikan kaunseling atau penjagaan klinikal.

PILIH MUZIK BETUL UNTUK HEALING

Berbeza dengan lagu biasa diakses di mana-mana platform, inovasi berkenaan memberikan impak yang menyeluruh. Ini secara tidak langsung bermaksud muzik memberikan pengaruh besar kepada produktiviti.

"Jika anda mempunyai trek bunyi alam semula jadi atau trek instrumental yang neutral, anda tidak akan mengalami turun naik emosi yang melampau dan anda dapat fokus dan memberikan tumpuan kepada apa yang sedang anda lakukan.

"Trek berlirik pula memainkan peranan yang sangat berbeza. Saya fikir apabila anda mahu pergi berkaraoke atau mahu menyanyi di dalam kereta semasa kesesakan lalu lintas, ia akan membawa fikiran anda menerawang ke tempat lain," kongsinya.

Jelasnya, juruterapi muzik memainkan peranan dengan menggunakan gelombang frekuensi yang terbaik untuk tujuan tertentu seperti membina fokus, merawat atau melegakan tekanan.

Menyentuh mengenai kesan daripada pendedahan kepada gelombang yang direka khas, ada yang menunjukkan pelbagai reaksi seperti menangis, mengantuk, segar atau muntah!

"Muntah, memang meloyakan. Tetapi apabila anda muntah, ia sebenarnya untuk membuang 'racun' atau perkara yang tidak baik dari dalam badan anda. Badan anda sedang cuba melepaskannya keluar. Jadi, orang ramai akan kata,"Eww, meloyakan!" Tetapi sebenarnya, ia adalah satu perkara yang baik.

"Jadi, ia sebenarnya merupakan satu tindak balas yang sangat sihat," kata Jerry.

Sementara itu, Ketua OraHub Malaysia, Leny Adam mendedahkan muzik memberikan impak besar dalam menstimulasi organ terpenting dalam tubuh manusia iaitu otak

"Muzik sangat penting dalam kehidupan kita. Sama ada dalam keadaan sedih, gembira atau apa jua emosi, muzik boleh menstimulasi atau mengaktifkan otak.

"Dengan adanya muzik yang dicipta dengan lapisan gelombang otak, ia dia akan lagi memberi impak yang sangat bagus untuk para wanita dan pesakit mental di luar sana.

"Jadi jangan lupa dapatkan sound treatment, pilih lagu yang sesuai untuk diri kita. Pilih lagu yang sesuai dengan jiwa dan keadaan masing-masing.

"Dengan teknologi sekarang ini seperti brainwave, seseorang itu akan lebih produktif dan healing," ujarnya.