AKTRES Datin Nelydia Senrose berkongsi rasa syukur impiannya untuk bergelar ibu akhirnya menjadi kenyataan selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Ahad.
Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, mengakui kelahiran bayi lelakinya membawa satu perasaan indah yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
"Masya-ALLAH, Tabarakallah. Saya sudah menjadi ibu sekarang.
"Cinta yang saya doakan, nantikan dan impikan akhirnya kini berada di dalam dakapan saya.
Terdahulu, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada 26 Julai.
Imbas kembali, Nelydia terdahulu mengumumkan kehamilannya ketika menyambut ulang tahun ketujuh perkahwinan pada
7 April.
Sekadar info, Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, berkahwin dengan Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.