Nak bawa anak bercuti? Ini persediaan wajib mak ayah buat sebelum terbang dan cipta memori bersama!

Iklan

BILA sebut bab nak bawa anak-anak pergi bercuti, teruja itu memang lain macam, tapi kalau tak buat persediaan betul-betul, boleh haru-biru dibuatnya! Sebab itu perancangan awal ini penting sangat supaya semua orang dapat nikmati percutian dengan gembira dan paling utama, mak ayah tak stres.

Benda pertama sekali yang wajib dibereskan ialah semak dokumen penting seperti pasport, pastikan masih ada tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan.

Iklan
Iklan

Bab tiket penerbangan pula, makin awal tempah, lagi bagus. Pastikan juga aspek keselesaan sepanjang perjalanan diambil kira, pilihan makanan yang anak suka makan, serta kuota bagasi yang cukup untuk simpan segala keperluan si kecil.

Iklan

Kalau nak ekstra mewah dan selesa, pilihan kelas perniagaan turut disediakan dengan ruang duduk lebih luas, ruang kaki yang lapang, keutamaan daftar masuk serta sajian eksklusif sepanjang penerbangan.

Iklan

Apabila masuk bab pilih destinasi, carilah tempat yang betul-betul buat anak-anak teruja. Untuk dalam negara, Langkawi memang best sebab ada Langkawi Wildlife Park dan Splash Out, manakala Johor pula ada Legoland. Kalau nak bawa anak kenal alam semula jadi, boleh bawa mereka hirup udara segar di Kundasang, Sabah atau tengok orang utan di Semenggoh, Sarawak.

Kalau ada rezeki lebih nak bawa keluarga jalan-jalan luar negara, destinasi seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun memang sangat mesra keluarga. Boleh bawa anak santai-santai naik basikal di Rottnest Island, jalan-jalan di Nami Island, atau layan pelbagai taman tema di sana.

Nak perjalanan lagi lancar, pilih sahaja penerbangan yang faham keperluan keluarga seperti Batik Air. Mereka menyediakan tiga tier tiket mengikut kemampuan, iaitu SUPER SAVER, VALUE atau FLEXI VALUE.

Paling menarik, percutian kini makin mudah sama ada berlepas dari KLIA atau Lapangan Terbang Subang ke lebih 60 destinasi. Antaranya Bali, Da Nang, Sydney, Shanghai, Tokyo, Xiamen, Maldives, Tashkent dan Colombo, mahupun lokasi domestik seperti Langkawi, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, serta laluan Bintulu 14 kali seminggu mulai Julai.

Baik percutian bajet atau mewah, yang penting semua orang balik dengan senyuman.

Untuk maklumat lanjut pasal laluan dan destinasi menarik, boleh terus semak di laman web rasmi Batik Air untuk mula rancang percutian anda.