'Untuk yakinkan keluarga, saya ambil masa' - Sifat bertanggungjawab, kesetiaan Zubir curi hati Dr Heama Maleini, dedah peluk Islam keputusan terbesar

Iklan

DR HEAMA Maleini menjadi tumpuan ramai selepas berjaya mencuri hati penyanyi dan komposer lagu Tamil, Zubir Khan.

Selamat diijab kabul pada Jumaat lalu, pemilik nama Heama Maleini Balasubramaniam itu berkata, bukan mudah meyakinkan keluarga untuk memeluk agama Islam selepas 27 tahun menganut agama Hindu.

Iklan
Iklan

Memetik OhBulan, pemegang Doktor Falsafah (PhD) dalam bioteknologi menegaskan keputusan memeluk Islam dibuat atas dasar cinta dan rasa sayang terhadap Zubir, selain yakin dengan keperibadian suaminya itu.

"Selama 27 tahun saya menganut agama Hindu dan ingin memeluk Islam, sudah pasti keluarga menghalang. Itu pada awalnya sebelum saya berjaya yakinkan mereka.

Iklan

"Untuk menyakinkan keluarga, saya mengambil sedikit masa dan selepas mereka melihat Zubir seorang yang sangat bertanggungjawab serta sangat mengambil berat tentang saya, itu membuka mata keluarga.

Iklan

"Pada satu tahap, ibu saya berkata yang saya sebenarnya sudah menemui seorang lelaki yang tepat untuk dijadikan suami.

"Keluarga akhirnya merelakan saya untuk berhijrah dan peluk agama Islam kerana mereka percaya, pada akhirnya saya akan hidup bersama dengan orang yang saya sayang," kongsinya.

Heama yang melafazkan syahadah Mei lalu menyifatkan keputusan untuk memeluk Islam sebagai antara perkara terbesar yang pernah dilakukannya dalam kehidupan dan dalam proses belajar tentang agama ini.

"Membuat keputusan untuk memeluk Islam adalah satu keputusan yang sangat besar saya lakukan. Perkara utama saya peluk Islam adalah kerana saya sayang dengan Zubir.

"Saya juga tertarik untuk mendalami dan belajar tentang agama Islam. Saya tidak sanggup untuk kehilangan seorang insan yang sangat saya sayang.

"Belajar sesuatu perkara yang baharu dalam hidup (tentang Islam) juga perlu, saya sering dengar ramai berkata Islam itu agama yang mudah. Jadi kenapa nak menyusahkan.

"Saya akan belajar tentang Islam secara perlahan-lahan, dari cinta kepada Zubir kini saya teruja untuk belajar Islam," kongsinya.

Selain sikap bertanggungjawab dan ambil berat, kesetiaan menjadi mencuri hatinya.

"Sebagai wanita, perkara paling utama yang saya cari adalah kesetiaan. Zubir memiliki sifat itu selain seorang yang sangat bertanggungjawab. Itu antara sebab saya jatuh cinta dengannya," kongsinya.

Sekadar info, Heama dan Zubir sah bernikah dalam majlis ijab dan kabul Jumaat lalu.

Sumber: OhBulan