'Saya tak tahu nak panggil dia apa...' Julia Farhana dedah tujuh bulan tidak jumpa suami, bakal fail cerai 

Iklan

PELAKON Julia Farhana Marin mengesahkan bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. 

Menerusi satu temu bual, Julia, 32, mengesahkan perkara tersebut sekali gus menjawab khabar angin berkenaan desas-desus keretakan rumah tangga mereka. 

Iklan
Iklan

"Saya tak jumpa dia tujuh bulan. Saya rasa hampir setahun. Saya dah berpisah dengan dia sudah hampir sembilan bulan dan saya akan failkan perceraian. 

 "Masih dalam proses sebab banyak kerja-kerja dokumen dan saya pula tiba-tiba sibuk berlakon. Jadi ya, saya memang sedang failkan perceraian," katanya. 

Iklan

Pelakon Wanita Terbaik Asia Peace Film Festival 2017 itu turut meyakinkan bahawa perpisahan mereka dibuat secara baik tanpa sebarang perbalahan. 

Iklan

Pelakon Coast Guard Malaysia: Ops Helang dan Langsuir itu tidak dapat meletakkan satu tarikh jangkaan namun berkata keputusan itu muktamad dan diselesaikan segera. 

"Saya harap ia diselesaikan secepat mungkin kerana tidak mahu menimbulkan salah faham. 

"Saya tak tahu nak panggil dia apa, sebab secara teknikalnya dia masih suami saya, tapi dia juga bekas suami saya.  

"Jadi, saya macam tak tahu nak nak sebut apa. Kami memang akan bercerai. Ia adalah muktamad dan berharap dia akan bagi kerjasama yang baik supaya saya juga boleh meneruskan kehidupan saya," kongsi Julia. 

Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 2016 namun berpisah pada tahun 2020. 

Sumber: Instagram hibGlam