'Bukan masanya pandang masa lepas, jalan terus'- Marlia Musa kongsi sebab pilih Aliff Aziz, yakin rezeki ketentuan ALLAH 

Iklan

"MESTI boleh menyanyi." 

Demikian tutur Datin Marlia Musa berkongsi sebab utama pemilihan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bagi memegang watak Sultan Mansur Syah dalam pementasan teater muzikal Mansur & Liu. 

Iklan
Iklan

Beliau yang bertindak sebagai Penerbit Bersama berkata, selain penampilan fizikal yang berkarisma dan sesuai, bakat nyanyian serta lakonan menjadi kriteria penting untuk menjayakan teater berskala besar ini. 

"Aliff ni sebenarnya kalau nampak Bryan Chan tadi, Bryan big size, dia besar. Jadi semasa kami mencari para pelakon, kami dapat Bryan dulu daripada audition. 

Iklan

"Kami kena buat tiga kali audition untuk cari dia dan cast-cast yang lain, termasuk juga Sultan Mansur Syah," kongsinya. 

Marlia yang ditemui oleh SinarPlus di Istana Budaya baru-baru ini mendedahkan sudah cuba mendekati beberapa pelakon dan penyanyi untuk watak berkenaan namun ada yang tidak berkelapangan serta tiada latar belakang nyanyian. 

Iklan

"Jadi, berbalik pada kenapa kami pilih Aliff, satu ialah kita kena cari kriteria yang ada fizikal segak. Mesti boleh menyanyi 

"Kami sudah cari macam-macam. Saya rasa kalau you tanya pelakon-pelakon Malaysia, ramai yang kami dah approach. Ada yang tak serasi, ada yang boleh nyanyi tapi nyanyian tu mungkin tak begitu serius kan. 

"Sampai kami rasa perlu keluar daripada just acting. Kita betul-betul kena cari artis yang boleh nyanyi. Jadi kami rasa kita kena cari penyanyi pula. 

Ditanya mengenai keputusan berkenaan berkenaan biarpun berdepan kemungkinan penolakan, pelakon filem Sesejuk Air Mata Ibu optimis dan percaya kepada rezeki serta niat tulus seluruh tenaga produksi. 

"Alhamdulillah, saya orang yang optimistic. Saya rasa, kita kena jalan. Ada kerisauan di hati Aliff, tapi saya kata,"Ini rezeki dan ALLAH yang uruskan. Hati saya terbuka, hati dia dibuka, jadi kita terima. Yang lain kami serahkan kepada ALLAH" 

“Semoga baik-baik sahaja untuk dia dan untuk kami. Kalau baik maknanya satu produksi akan mendapat kebaikan. 

"Kita tak boleh stop, saya tak boleh stop. Mungkin media boleh lihat dia dari konteks lain. Saya rasa and this point of time, bukan masanya untuk kita nak pandang masa lepas. Kita kena jalan terus. 

"Bukan hanya untuk Aliff, tapi untuk sesiapa juga yang bekerja dengannya. saya rasa dia punya concern tu ialah kalau dia mungkin mengganggu kita dan produksi. 

"Tapi saya kata, kalau Datuk (M Nasir) selesa dengan awak, kalau kami dan dia sendiri selesa, maka saya tidak merasakan ia satu masalah," kongsinya. 

Dalam pada itu, Marlia juga memohon doa agar pementasan dan perjalanan teater muzikal berskala besar ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. 

"Insya-ALLAH lah, kita minta doa baik-baik, janganlah ada apa-apa yang tak best. Sebab ini satu pasukan yang besar," tuturnya lagi. 

Selain Aliff, teater muzikal Mansur & Liu turut membariskan pelakon hebat Melinda Dadew, Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan, Ruzana Ibrahim, Fiza Thomas, Taufiq Izmir, Marzuki Noh dan Shahrul Mizad. 

Teater muzikal itu yang akan dipentaskan pada 10 September hingga 20 September depan bakal mempersembahkan 30 lagu dan skor muzik asli ciptaan M Nasir sendiri.