Nur Taj Spa & Beauty ketengahkan warisan Malaysia menerusi pengalaman wellnes

Iklan

DARIPADA haruman herba tradisional, teknik urutan yang diwarisi turun-temurun hinggalah suasana yang menenangkan, elemen sebegini semakin mendapat tempat dalam dunia kesejahteraan masa kini.

Menariknya, warisan tempatan juga mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman wellness yang boleh dinikmati bukan sahaja oleh masyarakat Malaysia, malah pelancong dari luar negara.

Iklan
Iklan

Antara yang mengetengahkan pendekatan tersebut ialah Nur Taj Spa & Beauty yang membawa konsep kesejahteraan berteraskan warisan Malaysia dan identiti tempatan.

Iklan

Bagi pengasasnya, Selinastein Mohd Rashid, pengalaman di spa tidak seharusnya terhad kepada rawatan untuk memanjakan diri semata-mata, sebaliknya boleh menjadi satu cara memperkenalkan kekayaan budaya Malaysia.

Pendekatan itu diteruskan menerusi cawangan terbaharu Nur Taj Spa & Beauty di Mercure Living Putrajaya yang mengangkat tema ‘Harmoni Warisan, Kesejahteraan Sejagat’.

Iklan

Antara yang menjadi perhatian ialah penggunaan elemen warisan Melayu menerusi herba dan ramuan tradisional serta sokongan terhadap modul Urutan Malaysia.

Urutan Malaysia sendiri mempunyai keunikan tersendiri kerana menghimpunkan teknik dan warisan masyarakat Melayu, Cina, India serta etnik Sabah dan Sarawak.

Kepelbagaian itu menjadikan pengalaman wellness tempatan tidak sekadar tertumpu kepada aspek relaksasi, tetapi turut membawa cerita tentang masyarakat dan budaya yang membentuk identiti Malaysia.

Dalam dunia yang semakin pantas, pengalaman seperti ini mungkin menjadi salah satu cara untuk memperlahankan langkah seketika.

Lebih menarik, konsep wellness berasaskan warisan turut dilihat mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan kerana pelancong masa kini semakin mencari pengalaman yang lebih bermakna, termasuk yang menyentuh aspek fizikal, mental dan emosi.

Atas perkembangan itu, ‘Urutan Malaysia’ dilihat berpotensi diketengahkan sebagai antara produk kesejahteraan beridentitikan negara.

Namun, untuk dibawa ke peringkat lebih luas, aspek latihan profesional, kualiti perkhidmatan dan standard yang konsisten tetap penting supaya warisan tersebut dapat disesuaikan dengan keperluan wellness moden tanpa kehilangan identitinya.

Menerima  pengiktirafan

Bagi Nur Taj, perjalanan itu bukan sesuatu yang baharu.

Diasaskan pada 2015 di Busana@Menara MARA, Kuala Lumpur, pusat kesejahteraan tersebut pada awalnya memberi tumpuan kepada keluarga dan ibu bapa yang sibuk, selain menawarkan perkhidmatan untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.

Kini, penawarannya merangkumi pelbagai rawatan.

Nur Taj turut pernah menerima pengiktirafan sebagai The Best Muslim-Friendly Spa pada World Islamic Tourism Award 2023, selain pengiktirafan Mesra Muslim menerusi Islamic Tourism Centre (ITC).

Bagi Selinastein, perkembangan Nur Taj bukan sekadar tentang membuka lebih banyak lokasi, tetapi usaha membina ruang yang dapat memperkenalkan warisan tempatan melalui pengalaman yang lebih dekat dengan kehidupan moden.

Dalam konteks itu, spa mungkin kelihatan seperti tempat untuk berehat dan memanjakan diri.

Namun apabila elemen warisan, budaya dan kesejahteraan disatukan, pengalaman tersebut membawa cerita yang jauh lebih besar, tentang bagaimana tradisi lama masih boleh diberi ruang untuk terus hidup dalam gaya hidup generasi hari ini.