'Bye-bye Pak Su comel...' Detik akhir anak buah 4 tahun sebelum tragedi LPT1 bikin netizen menangis

Iklan

PILUNYA hati kehilangan ahli keluarga secara tiba-tiba. Adik kepada mangsa kemalangan tragis di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh, berkongsi momen terakhir bersama.

Adik kepada Allahyarham Muhammad Nazatullah Nazmi, Muhammad Niqmatullah, 25, meluahkan kerinduan untuk memegang tangan si kecil itu lagi.

Iklan
Iklan

Malah dia turut memuat naik video momen pertemuan terakhir bersama anak buahnya, Allahyarham Muhammad Armaan Nazeef, 4.

Foto: Bernama

Iklan

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, pemilik akaun yang sama turut berkongsi tentang jam yang diberikan kepada abangnya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, telah kembali tanpa pemilik.

Foto: Bernama

Iklan

Warganet rata-rata tidak dapat menahan sebak mengakui tersentuh dan mendoakan kesejahteraan.

Terdahulu Muhammad Nazatullah dan isteri, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama anak lelaki mereka dalam nahas pada malam Hari Kebangsaan lalu ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya.

Mereka yang menaiki Proton S70 terlibat kemalangan ngeri di LPT1 arah Lanchang menghala ke Kuantan itu berlaku kira-kira pukul 10.55 malam. Kemalangan itu melibatkan lori tangki berkenaan, sebuah bas ekspres dan sembilan kereta  dalam perjalanan menuju ke arah Timur.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.